Jumaat, 13 November 2009

..::..tentang hati...

Mencari Bahagia <3>



Apakah yang perluku cari dalam hidup ini...
harta?
kecantikan?
pangkat?
barang kemas?
atau kebahagiaan...?
yang mana lebih utama..
pening kepala ingin menjawabnya...
kerana...


jikaku pilih harta..
maka akan jadi kaya tetapi pernahku dengar kata2 dari sahabatku..

katanya,
"Bila kita memiliki harta jangan dilupai sanak-saudara kerana harta tidak boleh
dibawa mati.Andai kita riak dengan memilikinya,ingatlah..
satu hari nanti harta itu yang akan membinasakan kita..."

hatiku berbisik..
benar jua apa yang diperkatakan oleh sahabatku..
Lihat saja hartawan, jutawan dan perbagai -wan di dunia ni...
harta telah membinasakan mereka..harta yang dimiliki digunakan
untuk mengubah kejadian tuhan maka yang mereka perolehi adalah kemudaratan..
digunakan untuk berjoli maka yang dapat keruntuhan rumahtangga dan
sakit yang berterusan...
digunakan harta untuk berjudi maka yang dapat anak isteri yang merempat..
apakah itu bahagia?

Andaiku pilih kecantikan...
ia jua tidak kekal..
satu hari nanti pasti ia pudar di mamah usia..
kecantikan bukan pada wajah tetapi jua pada hati..
dari hati maka lahirlah akhlak..
jika akhlaknya bertunjangkan iman akan baiklah ia..
jika akhlaknya berpandukan syaitan maka buruklah ia...

Bahawa di dalam diri anda terdapat segumpal darah, yang apabila baik segumpal darah tersebut maka akan baiklah diri anda, namun apabila buruk segumpal darah tersebut, maka akan buruk pulalah diri anda, dan segumpal darah tersebut adalah hati…
(Al-Hadith)


(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.
(surah Ali-Imran :8)


Bilaku memilih pangkat pula...
takut satu hari nantiku akan jatuh rebah ke bumi...
ketika itu kawan menjadi lawan dan lawan apatah lagi..

bila memilih barang kemas...
akhirnya hilang jua barang kemas itu
ia tidak berpanjangan...
mungkin hari ini kita perolehi,tapi esok jadi taruhan..
amat menyakitkan bukan...
jadi siapa akan kita pilih?

Maka kebahagiaan itu lebih penting..
ia bukan hanya perkataan tetapi untuk mendapatnya mestilah
menzahirkannya...
Bahagia pada hati,bahagia pada diri,bahagia bersama keluarga dan
yang paling utama bahagia bersama dengan yang Esa..


teringatku sebuah cerita..
seorang raja yang amat suka pada lukisan kedamaian..
dalam banyak2 lukisan itu baginda amat tertarik pada dua jenis lukisan..
lukisan pertama..
menceritakan tentang kehidupan rimba yang sunyi..
di mana hati amat tenteram di dalamnya..
lukisan kedua pula...
menceritakan sawah padi yang menghijau..
di kaki bukit pula terdapat air terjun yang mengalir deras..
ia menghidupkan suasana penuh dramatik tetapi
disebalik air terjun yang mengalir deras terdapa
sarang burung di situ..
tergambar sebuah keluarga burung yang duduk tanpa menghirau suasana yang amat membahayakan sang burung di situ...

lalu raja itu memilih lukisan kedua kerana katanya,

"beginilah kehidupan..kita hidup dengan penuh ranjau dan duri
kita menempuhnya dengan tabah dan sabar maka kebahagiaan milik kita..
bahagia tidak akan dapat dengan mudah..jika dugaan yang diterima
tidak kita lalui dengan sebaiknya..biarlah di dunia ini kita derita kerana dunia
hanya sementara...yang kekal adalah kebahagiaan di akhirat.."



3.53 petang
waktu Selangor
exactly!!
13/11/09

Tiada ulasan:

Kata-kata hikmah dari Masruq ibn al-ajda'