Rabu, 2 September 2009

exam dah mula...

selamat menduduki final exam warga KUIS
sejak akhir2 ni ana terlalu sensitif dengan naluri ini...tu asyik cerita tentang cerita wanita..
setiap saat pasti akan ada sahaja cerita tentang wanita...
semalam surat khabar metro muka depan cerita tentang wanita bunuh suaminya...ermmm,ana tak baca habis pun tgk je muka depan...hehehe..maaflah...lepastu ada cerita pulak tentang seorang model yang hendak melaksanakan hukuman rotan...ermm,bagi ana kalau nak ikutkan memang org Islam sekarang memang ramai kene sebatan rotan tu sebab anak muda sekarang sudah lupa diri,buka saja anak muda bapak muda,mak muda and macam2 muda mudi la..segala-galanya telah berubah.Hukuman sebatan ni bukan setakat 6 kali jika mengikut agama Islam..Saidina Umar Al-Khattab melakukan 40 kali sebatan bagi hukuman minum arak..mahu antum lakukannya..!!!jangan takut..kenapa mesti takut???sedangkan sebelum kita lakukan sesuatu perkara kita tak fikir takut atau tak..!!sekarang ni Islam namanya tetapi perangainya MasyaAllah..hanya Allah yang lebih mengetahuinya...ana tak boleh nak nilai sebab ana hanya insan lemah...
ana hanya berdoa semoga diberi petunjuk oleh Allah..kerana sekarang ini dunia tidak seperti dulu..iman seorang Islam itu mudah diperkotak katikkan...
Ana amat sedih dengan saudara-saudara ana diluar sana tidak mengerti erti hidup di dunia ini...
Eh,sebenarnya apa yang ana nak cerita pada antum ye...tiba2 cerita tentang wanita pastu hukuman rotan pulak....ermm,berbalik pada tajuk....EXAM FINAL DAH MULA!!!
wah,mula2 tu kecut perut gak...bukan tak sedia tapi adalah musibah sikit menimpa ana 5 hari sebelum exam...nak nangis pun tak guna...hanya berdoa kepada yang Esa...Alhamdulillah,ana dapat masuk exam dengan perasaan lega....ni nak cerita ketika musibah datang...
ana menangis buat pertama kalinya depan sahabat2 ana...ada sorang sahabat ana ni dia tanya...
"kak hajar tak pernah nangis depan kami selama ni..?"wajahnya sudah lain...
"mengapa kak?"ana hanya menundukkan wajah...tidak berani bertentangan takut deraian air mata akan jatuh lg..ana diamkan diri...
wahai adikku,
aku nangis bukan kerana tak dapat masuk exam
tetapi hatiku amat pilu
kerana ujian itu datang serentak...
benarlah...
Ujian dari Allah datang bila2 masa...
kadang2 ia datang ketika kita alpa...
kadang2 ia datang tanpa kita buat persiapan...
kadang2 ia datang tanpa kita sedari...
kadang2 ia datang ketika kita hadapi ujian yang lain...
maka ketika mana?waktu bila?masa bila?saat bila?
kita benar2 bersedia menghadapinya...
Pada Allah saja tempat kita bergantung....Dia lebih mengetahui isi hati kita...
Kerana Dia yang menjadikan kita wujud di dunia ini...
wujud kita memberitahu yang kewujudan Dia...
ujian yang kuhadapi amat perit...
dilema yang kuterima amat payah....
memilih antara
dikasihi......
dicintai......
disayangi.....
yang mana lebih penting wahai adikku...
maka keputusanku memilih Pencipta kepada ketiga-tiga ini...
Kasih-Nya lebih luas untuk aku renangi...
Sayang-Nya lebih dalam untuk aku gali...
Cinta-Nya lebih teguh untuk aku pertahankan....
Itulah yang terbaik untukku...
Segala-galanya Dalam Ilmu Allah...
alamak..nampaknya ana dah lebih-lebih ni...nak cite ni sebenarnya...ana ada 6 paper yang perlu ana hadapi....
IBA4003-RISK MANAGEMENT & TAKAFUL
IBF5013-INVESTMENT
ENL4112-MAINSTREAM ENGLISH II
MAN4102-MANDARIN II
BMB1103-BUSINESS MATHEMATICS
HRC4103-BUSINESS COMMUNICATION
inilah paper yang ana bakal hadapi...Doa dari sahabat2 amat diperlukan...sebelum tu ana nak minta maaf jika pernah buat sahabat2 terluka..maafkanlah insan kerdil ini kerana mungkin kesilapan itu atas kelemahan diri yang sering alpa....
Allah lebih Mengetahui isi hatiku....

wanita

luahan hati wanita








Aku wanita punya hati nurani
Yang tak dapat dibohongi
Pabila cinta telah membutakan mata
Dan membuat tuli telinga
Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini


Cintaku ini anugerah terindah
Dari yang maha kuasa
Cintaku padamu tak pernah berubah
Meskipun kita berbeza
Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hatiBelahan jiwaku ini..


Aku wanita aku kaum hawa
Yang memang rapuh hatinya
Aku wanita aku punya cinta
Selayaknya manusia
Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini..


Ku wanitaaaa…
Ku wanita….
Yang hanya perlu kau faham


Oh
apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini..



wahai Adamku...
dengarlah luahan hatiku...
sesungguhnya aku mempunyai naluri yang lembut
perlukan belaian kasih sayang
bukan untuk di persendakan atau dipersiakan...
jika engkau memahaminya..alangkah bahagianya hatiku...
masih ada yang sudi menduduki tahta hati ini....
tetapi wahai Adamku....
Andai bukan aku melakukan kesilapan
janganlah engkau lepaskan ammarahmu..
mungkin itu kelemahanku kerana insan itu sentiasa alpa..
bukankah Allah jadikan berpasang-pasangan untuk saling melengkapi
antara satu sama lain...
salahku bukan sedikit..engkau jua pernah melakukannya
tetapi tidakku peduli kerana rasa hormatku padamu...


wahai Adamku,
aku lahir bukan ingin disakiti atau dipukuli
tetapi untuk di sayangi dan dimanjai...
seperti Adam dan Hawa..
cintanya bertemu di alam syurga..berpisah dan bertemu kembali
bersama cinta yang tidak pernah luntur di hati...
indahnya cinta mereka....
Andai ada cinta begitu ketika ini..
akulah insan yang paling bahagia...
sanggup ku renang lautan derita kerana cinta itu membawa ku ke syurga...
Mengapa begini?
kerana Allah juga Maha Penyayang...
setitis kasih sayang-Nya telah diberi kepada kita..
walaupun setitis tetap luas maknanya kepada kita...
Aku bersyukur kepada-Mu tuhan...
Engkau lebih mengetahui isi hatiku...







Selasa, 1 September 2009

Bila berbicara tentang cinta...

bila berbicara tentang cinta..
mengapa tiada siapa memahaminya....
mengapa tiada siapa mahu mendengar rintihan hati ini...
mengapa tiada siapa mahu melihat terseksanya jiwa ini....
tidakku dapat membohonginya... hati nurani ini...
lahir dari rasa cinta wanita...
kadang2 cinta tidak sefaham dengan logika...
memilih waktu dan orang yang tepat untuk jatuh cinta...
kata orang cinta tidak mempunyai mata
tetapi semua orang mempunyai mata...
sesungguhnya cintaku tidak sehebat Zulaikha terhadap Yusuf
menanti hingga akhir hayatnya...
sesungguhnya cintaku tidak semulia Hawa terhadap adam...
cintanya bertemu di dunia jua....
cinta Agung yang mereka cipta berakhir dengan bunga kebahagiaan...
Mekar harum di alam penuh rahsia....
walau derita datang melanda....
Bila aku berbicara tentang cinta,
kerana cinta yang di bina,aku korban hati ini untuk Dia
kerana kasih yang kudambakan,aku lupakan semuanya untuk Dia
Tidak ku nafikan cinta itu terkubur begitu....
kerana tidak mahu melukakan insan lain..
kerana tidak mahu mendukakan insan lain...
Biarlah diri ini derita...
Biarlah diri ini berduka...
Biarlah diri ini terluka...
Ianya sekejap menanti waktu....
kerna aku pasti bukan keseorangan...
Masih ada lagi bersamaku....
Masih ada Ya Robb...
Masih ada kasih muhammad yang tercinta....
Ya Robb...
Kepada-Mu aku memohon petunjuk...
Kepada-Mu aku terima hakikat cinta....
Kerana cinta-Mu tiada tandingan ketika ini...
Kerana cinta-Mu bukan khayalan lagi....
Ketika ini....
Ku patrikan cinta dan kasih pada yang Haq
Aku bukanlah srikandi idaman...
Aku tidak sehebat Fatimah Az Zahrah
yang kasihnya untuk ayahanda tercinta...
Aku tidak seteguh Sumayyah
syahidnya pertahankan kalimah suci...
Aku tidak sesetia Rahmah
menanti suami tercinta...
Aku tidak seberani Asiah..
hatinya pada yang Esa,suaminya bertopengkan syaitan...
Aku juga bukan Rabiatul Adawiyah...
juga bukan Maryam....
Srikandi terhebat Islam yang membawa panji kebenaran...
Aku hanya wanita yang lahir ke dunia...
Untuk melihat kebesaran Maha Esa
Untuk membuktikan kekuasaan Al-Qadir...
Kini....
Aku hanya mengharap Kasih Dari-Nya..
Segalanya telah di tentukan...
Walaupun derita tetapi itu ujian ketaatanku...
Untuk aku mengenali-Nya..
Ramadahan ini...
tidakku laluinya dengan sia-sia
Rahsiaku bersama-Nya
Tangisan dan ketawa seiring menghiasi diri ini...
telah sebati dengan hati....
Wahai Kasih...
cinta ini tidak akan berakhir...
jika ia benar maka benarlah ia...
Mungkin bukan di dunia yang fana ini...
percayalah....
Aku bersyukur dengan pertemuan ini...
bukan cahaya kasih sudah malap...
jalannya masih panjang bersimpang haluan..
bagai pentas haluan rasa tiada bersempadan
tidakku ukir pada dinding untuk diluahkan
tidakku coret pada sekeping kertas kosong..
kernaku pasti ia tidak bermakna
Lihatlah pada awan biru...
Disitulah kumelakar kata-kata
pada langit cerahku panah semua cerita
gerimis menitis yang membasahi bumi...
Bagai menangisi sebuah cerita hati ini...
Andai kau fahami...
Kegelapan pasti bercahaya kembali...
Mungkin aku bukan tercipta untukmu kasih...
Segalanya Kudrat pencipta yang Agung....
dari kasih yang hilang,
mawar yang layu.......

Kata-kata hikmah dari Masruq ibn al-ajda'