Khamis, 10 Mei 2012

Hero sebenar...




Semakin hari semakin banyak muncul di kaca TV hero2 yang bakal menyelamatkan bumi dari kemusnahan.Dari kecil juga ana dibesarkan dengan hero seperti POWER RANGERS,DRAGON BALLZ,NARUTO,ULTRAMAN,BATMAN,SUPERMAN,X-MAN dan macam2 lagi.Semua hero2 ini menceritakan tentang ke‘ganteng’an mereka dalam menyelamatkan masyarakat yang kesusahan melawan musuh2 yang jahat.Maka kanak-kanak mula jadikan hero2 ini sebagai hero jadian mereka.Ada yang membeli patung2 mereka untuk dijadikan inspirasi dalam menyelamatkan dunia.

Bagi kanak-kanak perempuan pula pastinya mereka ingin menjadi seperti Cindrella,Snow white,Beauty & Beast,Sleeping Beauty atau banyak lagi di luar sana.

Malah ada juga bila di Tanya pada kanak-kanak ini,mereka ingin jadi seperti hero dan princess jadian mereka ini..!!Astaghfirullah halazim....!!

Semakin hari kita semakin lupa sebenarnya,bahawa yang menjadi hero dan idola kita adalah Rasulullah SAW.Siapakah yang menyelamatkan kita di akhirat nanti?Pastilah dengan syafaat Baginda kepada kita...Ibu bapa makin melupakan tanggungjawab mereka sebenar dalam membimbing anak ke arah kejayaan...Sedangkan kejayaan sebenar adalah kejayaan pabila kita sudah mendapat keredhaan Allah SWT di syurga kelak.

Siapakah yang bertanggungjawab dalam hal memadamkan fikiran kita untuk melupakan yang hak?Dialah DAJJAL LAKNATULLAH...Dengan hanya mewujudkan kartun2 juga hero2 yang hanya dalam filem sahaja.Anak2 kita sudah lupa akan hero yang sebenar.

Institusi kekeluargaan semakin parah dengan kurangnya kasih sayang dalam rumahtangga.KAsih sayang yang mereka tahu apabila menghantar anak2 belajar di sekolah dengan memperolehi PMR 8A,SPM 20A dan sebagainya.Adakah itu dikatakan kasih sayang yang sebenar?

Dari Allah SWT dan Rasulullah SAW adalah kasih sayang yang tiada ternilai...bawalah anak2 anda juga kaum keluarga anda kepada CINTA ALLAH dan RASULULLAH SAW.Ingin ana berkongsi cerita tentang Rasulullah SAW yang tidak pernah lupa akan kita iaitu umat akhir zaman ini.

Ketika Rasulullah SAW bangkit di hari akhirat nanti ,maka di sapukan jubah dan janggutnya dari tanah.Bagind melihat kiri dan kanan yang tiada ada bangunan.Maka menangislah Baginda SAW.

Baginda Saw bersabda , “ Kekasihku Jibril !Gembirakanlah aku !”
Jibril as , “Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?”
Baginda SAW bersabda, “ Bukan itu pertanyaanku.”
Jibril as , “ Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu.”
Baginda SAW , “Bukan itu maksud pertanyaanku.”
Baginda SAW bersabda lagi, “Aku bertanya kepadamu akan UMATKU.Di manakah perjanjian mereka.Nescaya akan kuatlah pertolongan pada hari ini.Aku akan menSYAFAATkan UMATKU.”

Tidak gembirakah kalian pabila RAsulullah SAW amat menyayangi kita.Tidak Baginda SAW mencari di mana ahli keluarga tetapi kita iaitu umatnya ini.Amat malang jika kita tidak dekatkan diri kita juga ahli keluarga kita dengan mengenali Rasulullah SAW.

Inilah hero kita sebenar.Jangan bawa anak2 anda juga kaum keluarga anda jauh dari Rasulullah SAW.Bawalah ia kenal RAsulullah SAW juga ahli keluarga baginda.Kenalkanlah mereka dengan puteri2 syurga dan hero2 syurga yang menjadi inspirasi mereka untuk bersama di alam sana.

Tiada kemanisan yang amat manis dengan mengenali Rasulullah SAW.

Marilah kita banyakkan selawat buat baginda juga ahlinya....

“Ya Rasulullah,sudilah tuan memandang kami yang hina ini...yang lalai dalam berselawat ke atasmu setiap masa.Ya Allah,jangan KAU cabut cinta dan rindu kami kepada kekasihMU kerana kami ini lemah dan hina...”

Waallahualam...

Selasa, 8 Mei 2012

Wasiat Sultan Muhammad Al-Fateh




Setelah kita mengetahui tentang rahsia kejayaan Khalifah Uthmaniyah dalam menakluk kota konstantinopel,maka kali ini hamba ingin pula mengongsi wasiat Sultan Muhammad Al-Fateh untuk anak2nya juga sesuai untuk pemimpin2 yang beragama Islam.Bukan hanya pemimpin Negara malah pemimpin persatuan Islam,pemimpin NGO2 Islam,Pemimpin majlis perwakilan pelajar (MPP) dan ramai lagi di luar sana.Jadikan ia sebagai pegangan dan sentiasalah bermuhasabah.

Besarnya tanggungjawab pemimpin adalah untuk kebajikan orang yang dipimpin,memudahkan urusan orang yang dipimpin dan membawa orang yang dipimpin ke jalan yang diredhai Allah.Bukan menjadi pemimpin untuk glamour,orang hormat kita,makan besar atau kaut duit yang bukan hak sendiri dan lain2 lagi yang kita dengar masalah pemimpin pada masa sekarang ini...

Mari kita kongsikan, apakah yang perlu ada sebagai pemimpin.Ini ADALAH WASIAT SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH kepada anaknya.
  • *      Menjadi seorang yang adil,soleh dan pengasih.
  • *      Berikan perlindungan kepada rakyat tanpa membeza-bezakan mereka.
  • *      Dahulukan kepentingan agama daripada kepentingan lain.
  • *      Tidak lemah dan lengah dalam urusan agama.
  • *      Jangan mengangkat  orang yang tidak menjauhidosa2 besar dan leka dalam kekejian.
  • *      Hindari perkara2 yang merosakkan.
  • *      Jauhi orang yang menyuruh pada kejahatan.
  • *      Lakukan perluasan negara melalui jihad.
  • *      Jaga harta baitulmal,jangan sampai dibazirkan.
  • *      Tidak menggunakan harta rakyat dengan kepentingan sendiri kecuali sesuai dengan syariat Islam
  • *      Ulama adalah kekuatan yang harus ada dalam negara dan mesti dihormati mereka.
  • *      Tidak tertipu dengan harta benda dan kekuasaan (banyaknya jumlah tentera)
  • *      Tidak megusir ulama2 dari istana (kawasan)
  • *      Tidak melakukan satu hal yang bertentangan dengan hukum Islam.


Inilah yang terbaik untuk semua yang bergelar pemimpin....:)
Wallahualam..

Jumaat, 4 Mei 2012

Rahsia Penakluk Konstantinopel



Buku ini amat sesuai dibaca semua golongan untuk memantapkan cara kerja
kita.Dapatkanlah ia sekarang.Banyak maklumat baru yang menanti
anda di dalam buku ini..!

Salam sahabatku,
Setelah agak lama berdiam diri duduk menyaksikan pelbagai kejutan demi kejutan dari  sisi dunia mahupun Negara sendiri.Maka ana dengan rasa rendah diri ingin juga berkongsi kejutan pada para sahabat yang sentiasa melewati juga singgah sebentar di laman blog ana.

Beberapa bulan lepas,ana telah habis membaca sebuah buku Bertajuk “KUASA KEPEMIMPINAN AL-FATEH” karangan dari Muhammad Syaari Abdul Rahman.Banyak perkongsian ilmu dari buku tersebut.Sesuai untuk pemuda/pemudi bangsa,pemimpin Negara juga ketua keluarga.Mengapa ana mengatakan demikian? Kerana anda pasti mendapatkan jawapan disebalik tanggungjawab anda.

Pemuda/pemudi adalah anak2 harapan bangsa dan Negara.Mereka adalah perintis kepada jatuh dan bangunnya sesebuah Negara. Jika mereka lemah maka hancurlah Negara,sebaliknya jika mereka teguh dan yakin maka Negara itu akan semakin hebat di mata dunia.InsyaAllah!

Begitu jua pemimpin Negara dan ketua keluarga,mereka adalah orang2 yang mencorak sesebuah institusi.Bagi pemimpin,Dia akan membuat perancangan agar orang2 yang dia dipertanggungjawabkan tidak akan di sia-siakan dari segi kerohanian,keperluan dan keamanan.Bagi ketua keluarga juga adalah sama.Membawa ahli keluarga bahgia di dunia juga bahgia di akhirat.

Jadi secara ringkasnya,ana cuba menghuraikan isi penting di dalam buku ini untuk dijadikan panduan kepada sahabat2.Ana hanya menulis dalam point agar mudah untuk di fahami:-

Inilah peta Kota Konstantinopel yang dikenali sabagai Turki pada masa sekarang


1)      Pemuda yang bersifat imiginasi tinggi

2)      Pemuda tidak akan mudah menyerah kalah walau apapun sekali berlaku.Mesti berfikir dan terus berfikir!

3)      Pemimpin yang berpengaruh adalah pemimpin yang percaya kepada potensi orang lain yang belum dapat dilihat.

4)      Pemimpin mesti mempunyai misi dan visi.untuk mencapai visi mesti mempunyai perancangan pemikiran yang strategik.

5)      Antara pemikiran strategi Sultan Muhammad Al-Fateh:-

Ø  Strategi diplomatic – menjalinkan perjanjian damai dengan Negara Barat
Ø  Membina Rumeli Hissari (benteng Rom) – bagi menghalang sebarang bekalan kepada Konstantinopel.
Ø  Mengambil serius perhitungan masa dan ketepatan masa setiap pelan.
Ø  Membina kekuatan armada laut
Ø  Berjaya meraih kemenangan moral lebih awal

6)      Manfaat dalam membuat perjanjian dengan tenaga pakar juga kekuatan ekonomi dalam mencapai objektif.

7)      Pemimpin perlu ada :-
ü  Tidak pernah meninggalkan solat sunat tahajjud.
ü  Sentiasa mengkaji dan mengenal pasti kelemahan.
ü  Budaya mengkaji SWOT (kelemahan,kekuatan peluang,ancaman) dalam kepimpinan.
ü  Menukar apa yang menjadi ancaman kepada peluang.
ü  Mempunyai pelan perancangan yang pelbagai.
ü  Sentiasa terbuka dengan idea2 yang luar biasa dan bersikap positif juga inovatif.
ü  Bersedia bersikap terbuka dan mengkaji kelebihan yang ada pada orang lain bagi membaiki kelemahan diri.
ü  Setiap kepayahan ada kemudahan.
ü  Jadikan Rasulullah SAW sebagai kuasa contoh kepimpinan.
ü  Mulakan dari kita sendiri untuk jadi contoh pada masyarakat.
ü  Kekuatan pidato penting dalam mengharungi keadaan politik yang tegang dan tertekan.
ü  Pemimpin yang hanya tahu memberi arahan kerana bergantung pada kelebihan jawatan adalah pemimpin yang lemah.
ü  Pemimpin yang berjiwa besar adalah pemimpin yang mempunyai idea yang luar biasa.
ü  Pemimpin yang berkualiti tinggi adalah pemimpin yang bukan sekadar ikutan dan ditaati tetapi beramanah ,berinteragriti,mencetak generasi baru dan menghebatkan orang lain.
ü  Pemimpin dan pendakwah yang bijak tidak cepat melakukan perubahan agresif.
ü  Mesti bijak melakukan perubahan secara beransur-ansur.
ü  Pandai menjinakkan hati mereka yang baru masuk Islam dengan cara tidak memperkatakan soal halal dan haram dengan cepat.
ü  Pemimpin mesti mengenalpasti potensi dan kelebihan anak buah mereka dalam percaturan strategik.

8)      Kepimpinan  yang strategis mestilah peka dengan maklumat yang tepat dan fakta yang sahih,teliti dan strategic dalam melihat peluang dan ancaman,memanfaatkan peluang yang ada dan juga kesungguhan dalam melaksanakan tugas.

9)      Kuasa pemikiran yang kreatif dan inovatif iaitu :-
ü  Kreatif – berani mencabar idea2 lama yang difikirkan tidak relevan bagi menyelesaikan maslah lama dalam organisasi.
ü  Inovatif – bersikap terbuka dengan sebarang idea tanpa mengira dari mana sumber idea itu dan bagaimana luar biasa idea itu pada awalnya.

10)   Pemimpin mestilah dididik supaya hidup dalam sederhana.

11)   Setiap pemimpin mesti ada guru kerohanian mereka sendiri.sultan Muhammad al fateh mempunyai 2 orang guru kerohanian yang terkenal pada masa itu,iaitu Syeikh Aq Syamsudin dan syeikh Ahmad bin Ismail Alkurani.Guru inilah yang menguatkan kerohanian tentera dan sentiasa  memperingatkan kepada tentera2 bahawa Allah adalah sebaik-baik tempat pergantungan dalam mencapai kemenangan.
Berguru juga penting kerana dengan berguru pihak musuh tidak akan dapat melumpuhkan keimanan dan keyakinan kita pada Allah SWT.


Alhamdulillah,inilah serba sedikit yang dapat ana kongsikan kepada antum.Harap dapatlah kita bersam-sama menggunakannya dalam setiap langkah kehidupan yang mendatang.
Wallahualam...


Kata-kata hikmah dari Masruq ibn al-ajda'