Isnin, 30 November 2009

~~Bila Cinta berhenti bertasbih~~






Wahai Penilai Hati,


Lihatlah manusia-manusia itu,mereka meluaskan
kemungkaran di muka bumi..
Dosa yang dilakukan seperti makanan ketika lapar..
Zalimnya mereka ke atas diri tetapi tidak mereka sedari..
Semakin di beri peluang semakin jauh mereka meninggalkan-Mu..
Berjanji setia hanya kerana nafsu bermaharajalela..
Kasihnya bukan terhadap-Mu..



Wahai Pemilik Hati,


Jangan biarkan manusia-manusia ini berkuasa,
Ku tak sanggup melihat anugerah yang Kau kurniakan
dijadikan sampah buangan..
Menangisku melihat anugerah itu diperlakukan sedemikian,
Di kala dalam kandungan,harapan anugerah itu
menunggu saat melihat dunia..
Tetapi perbuatan durjana itu telah menghancurkan segalanya
Meratap kesepian tangisnya keseorangan menahan kesejukan..

“Wahai ibuku,mengapa kau buatku begini?”
“Apakah dosaku,wahai ibuku!Kasihanilah diriku
yang daif ini...sejuk ibu...”
“Ibu..Andai aku boleh berjalan pasti akanku temuimu
dahulu.Aku perlu kasihmu ibu....”
“Jangan tinggalkanku sendirian....”

Tidak bisakah manusia-manusia itu mendengar
rintihan pilu itu...
Malah menyalah-Mu kerana menyusun perjalanan
hidup mereka begitu...
Tiada terfikir di akal , mengapa ia terjadi?
Akal dikurniakan oleh-Mu mati kerna cinta buta itu...
Di manakah cinta yang telah dimeterai?
Di manakah kasih yang telah dihulurkan?
Di manakah sayang yang telah disematkan?



Wahai Penilai Hati,


Lihatlah manusia-manusia itu tidak takut
melakukan kemusnahan,
Kuasa telah menggelapkan hati mereka,
Di bunuh kejam,di hambat bagai hamba,
diperkosa seperti binatang,
Sedangkan haiwan masih tersemat rasa kasih sayang,
Tidakkah mereka tahu nikmat kasih sayang itu
bisa menghancurkan benteng kemarahan,
Tidakkah mereka tahu kasih sayang itu bisa memusnahkan kebencian..



Wahai Pemilik hati,



Cinta itu telah berhenti bertasbih
Syaitan pasti bersorak kemenangan...
Iblis tentu tersenyum gembira...
Apakah ini akhirnya cinta yang telah Kau beri?



Wahai Penilai Hati,


Jangan biarkan cinta itu berhenti bertasbih,
Kerna setiap butiran tasbih itu terukir cinta hakiki,
Bertutur cinta itu mengucap satu nama,
Nama-Mu wahai Maha Penyayang.
Nama yang bisa mengusik rasa hati ini...



Wahai Pemilik Hati,


Cinta-Mu adalah anugerah tidak terhingga..
Ku panjat rasa Syukur pada-Mu Maha Pemurah,
Agarku bisa merungkai erti cinta,
Cinta yang sukar digambarkan amat bermakna dalam hatiku...


“Ya, Allah! Biarkanlah Cinta itu Bertasbih.

Jangan Engkau putus nikmat kurniaan-Mu.

agar kami bisa menjadi penyebar cinta-Mu

dan menggarap rasa Syukur di atas keAgungan-Mu.”





1.46pagi
Waktu Bandar Baru Bangi
Cintalah selagi masih bernyawa kerana Allah itu Maha Penyayang..
30/11/09

Rabu, 25 November 2009

...Balik kampung...




Bila tiba hari raya musafir-musafir metropolitan mula belayar ke destinasi asal mereka..
Menjelajah hutan menyusuri jalan tar yang tersedia...
untuk menjenguk ayahanda dan bonda tercinta..
disitulah musafir itu dilahirkan, dibesarkan dengan kasih sayang orang tuanya..
Gembirakanlah hati mereka yang berusia..
Kerana mereka menyambut kita dengan hati yang berbunga bahagia..
Jangan kita membalas dengan kata nista...
Mulakan dengan basmalah memulakan perjalananmu...
Selamat bercuti..
Nikmatilah cuti ini dengan membahagiakan hati orang tuamu...


ucapan dariku..

Saat berderai jatuh titisan air mata suci IBRAHIM..



melihatkan keteguhan iman anaknya ISMAIL..


Kala itu bermulanya sejarah agung ..


ERTI SEBUAH PENGORBANAN..




"SALAM AIDILADHA"













Selasa, 24 November 2009

...akhirnya...



KASIHNYA SEORANG WANITA YANG BERGELAR IBU..



Akhirnya...ana balik jua ke kampung menemui mama tersayang..

tak sabar menunggu saat itu..rindunya ana pada mama tak dapat tertahan

rasanya..jika ketika ini hanya mendengar suaranya dicorong

telefon tapi itu tidak memadai...

Kerana wajahnya tidak dapat ana lihat..

Bila rindu gambarnya jadi penawar hati...

Ingat lagi, ketika ana menelefonnya...

mendengar suara cerianya katanya:

"Mama tak sabar tunggu kamu berdua balik.Mama nak dengar cerita

dari kamu berdua ketika berada di sana.

Mama pun banyak yang nak diceritakan

pada kamu berdua.Ok,

jaga diri dan tabah hadapi hidup kamu.Mama selalu

doakan kamu berdua.Mama rindu kamu."

Sayang mama jua...Kataku,

"Aja pun doakan mama sentiasa dalam rahmat-Nya dan selalu

bahagia."

Teringat satu perkara telah berlaku pada mama.

Ana lihat dia menangis tapi bila ana datang dia mengesat air matanya.

Bila ana tanya mengapa dia menangis dia

selalu cakap perkataan yang sama..

"Tak de apa yang berlaku cuma mama sakit mata je..."

Hatiku tak puas hati bila itu saja jawapan yang diberi.

Rasa sakit sangat hati ni bila ada orang sakitkan hatinya.

Walaupun mama cakap tak de apa2, tapi hati ini

tetap rasakan pasti ada perkara yang dia sembunyikan...

cuma mama tak nak ana jadi marah..

Selalu mama nasihat kepada ana:

"Aja,dekat luar sana banyak cabaran yang akan kamu tempuhi

tapi mama nak ingatkan walaupun apa pun yang

kamu akan tempuhi jangan

sesekali kamu cepat berputus asa kerana bila kamu

berputus asa ramai yang

bersorak dengan kegagalan kamu.

Teruskanlah selagi berdaya kerana Allah

sentiasa bersama kamu.

Di mana saja kamu berada pasti Allah melihat..

Allah itu lebih mengetahui segala-galanya,"

Ana setia mendengar bicaranya dan setia duduk

menemaninya keseorangan...

Suka melihat dia tersenyum..

suka melihat dia ketawa..

Hilang segala duka bila melihatnya gembira..

Wahai sahabatku,

Gembirakanlah hati ibumu...

walau hanya secebis kata-kata yang amat bermakna,

katakanlah....

hilangkanlah egomu hanya pada orang tuamu saja..

katakanlah sayang pada wanita yang bergelar

ibu,mama,mak,ummi,mummy,mom,bonda dan

macam2 lagi....

Nescaya kata-kata itu akan mereka sematkan

dihati mereka dan takkan hilang dek ketuaan mereka kerana apa?

Kerana kata-kata itu lahir dari bicara anaknya yang dicintai...

Itulah kasih wanita yang bergelar ibu,mama,mak,ummi,

mummy,mom,bonda.....

Pernah mama ana ingatkan ana suatu perkara

satu hari dulu..katanya:

"Syurga seorang anak di bawah tapak kaki seorang ibu.

Jika redha

ibu itu terhadap anaknya maka disitulah redha Allah.

Tetapi bila seorang anak

perempuan sudah berkahwin maka kamu mesti ingat hajar...

Syurga seorang

isteri adalah suaminya.Lihatlah,

diluar sana mengapa ada suami isteri bergaduh

dan hidup dalam kucar kacir kerana

isterinya tidak menghormati suami

sendiri.Sentiasa menyumpah suami..

nikmat perkahwinan sudah tiada

dalam rumahtangga mereka."

Banyak yang mama nasihat pada ana..

jika ingin tulis dalam blog ni takkan habis...

Ana bersyukur anugerah mama yang penyayang kerana itu ana sentiasa

ingin sepertinya...

Bila hadapi masalah, mama akan selesaikan tanpa

bantuan sesiapa kerana dia pasti Allah sentiasa menolongnya...

Itulah mama yang ana sayang sangat...!!

Hidup mama sentiasa dalam kesedihan tetapi dia

tak pernah menunjukkan kesedihannya...

Mama pernah bertanya,

"Aja sayang mama tak?"ana memandangnya dengan senyuman.

Tapi mengapa dia bertanya dengan tiba2,otak ni ligat berfikir..

Ana jawab..

"Mestilah aja sayang mama.."jawab ana.

"Siti Hajar..."katanya terhenti..

Ana faham bila dia sudah panggil

dengan nama penuh maknanya mesti perkara yang

penting akan mama katakan.

Dia tak mahu ana macam budak-budak kecil lagi..

"Kamu tahu hajar..

Jika kita sayang seseorang itu pasti suatu

hari nanti orang itu akan tinggalkan kita.

Tidak kira orang itu tinggalkan

kita sebab kematian atau menyakitkan hati kita.

Yang pasti ia tidak akan kekal.

Jadi kamu mesti bersedia untuk rasa ditinggalkan.

Jika kamu bersedia untuk

memberi kasih sayang kamu pada seseorang,

kamu jua bersedia untuk

kehilangannya.

Hidup mama pun bukannya lama lagi.

Kamu mesti cari sebanyak

mana pun ilmu untuk bekalan kamu jua..

Matang dalam hadapi masalah."

Ana hanya diam tanpa kata-kata.Hati ini dipagut pilu

dek kata-kata mama.Apa akan ana buat kalau ia terjadi betul..

"Mama..dalam dunia ni tak ada ke, kasih sayang yang kekal selama

lamanya?"ana menyoalnya.

"Kalau kamu nak sentiasa disayangi..Kamu cintailah Allah.Pasti

kamu akan dicintai ramai..."

Begitulah mama..dialah mama, dialah jua sahabat, dia jua penasihat...

Bagaimana pula kalian sudahkah lafazkan

SAYANG PADA WANITA YANG BERGELAR

IBU , MAMA ,MAK ,UMMI, MUMMY , BONDA ,MOM....

4.42 petang

Wo ai ni,mama..!!

24 november 2009

Jumaat, 20 November 2009

Khamis, 19 November 2009

...ujian itu indah...



wahai sahabatku,


Setiap hari kita didedahkan pelbagai ujian dari-Nya...
kadang-kadang kita tertanya-tanya mengapa ujian itu datang kepada kita...
Adakah untuk melihat kelemahan?
Atau sengaja menguji kita?
Segalanya Allah lebih mengetahuinya...
pabila kita menerima ujian itu barulah kita mengetahui hikmah sebaliknya..
Ujian datang bukan untuk menjatuhkan maruah kita..
Ujian datang bukan untuk melepaskan geram..
Ujian datang bukan untuk menyalahkan takdir...
Tapi ia datang dengan hemah..
Ia datang untuk memantapkan kepercayaan kita terhadap Yang Esa..
Ia datang membina keyakinan kita sebagai hamba...
Ia datang atas Kasih Sayang-Nya pada kita...
Ia datang atas rasa Cinta-Nya pada kita...
Ia datang untuk kita rasa dakapan rahmat-Nya...
Bagaimanakah kita bisa menyalahkannya?

Mengapa kita perlu meratapinya..
kerana kita tidak pernah ditinggalkan oleh Ar-Rahim..
Dia sentiasa bersama kita walau bagaimanapun keadaan kita..


Wahai sahabatku,



jika kalian masih kecewa...
katakanlah pada dirimu bahawa Allah tetap bersamamu..
usaplah jantung di sebelah kirimu...pejamlah matamu dan katakanlah...


.....لاَ تَØ­ْزَÙ†ْ Ø¥ِÙ†َّ اللّÙ‡َ Ù…َعَÙ†َا....

..."Janganlah bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita..."( At-taubah:pertengahan ayat 40)

Ingatlah Allah..pasti Allah akan tenteramkan hatimu..

Allah berfirman :


“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman.” (Al-Imran : 139)

Lihatlah sahabatku,

Allah tidak pernah tinggalkan kita sendirian..
Mengapa kita perlu rasa kita keseorangan...
Ana ada cerita untuk dikongsi bersama..kisah anak katak
Mengapa anak katak?
Kerana setiap mahluk yang bernyawa adalah ciptaan Dari-Nya..
Allah wujudkannya untuk kita berfikir..
Kisah ini banyak kali ana cerita pada adik-adik yang ana kendalikan ketika ana jadi fasilitator agar mereka belajar dari mahluk Allah itu...


Dengarlah wahai sahabatku,

Suatu waktu dahulu,di sebuah perkampungan katak-katak ada pertandingan mendaki bukit tetapi tiada siapa yang bisa mendaki bukit.Yang tua jatuh terguling,yang betina lelah kepenatan..bagi katak-katak ini bukit itu sukar di daki..Maka suatu hari,ketua kampung katak-katak itu pun mengadakan mesyuarat untuk mengadakan pertandingan mendaki bukit...

Berkata ketua kampung pada penduduk sekaliannya,


"Wahai anak-anak buahku,sudah sekian lama kita mengadakan pertandingan mendaki bukit itu tetapi tiada siap yang bisa dinobatkan menjadi juara kerana semuanya tewas dipertengahan jalan.Maka apakah cadangan kalian untuk pertandingan ini?"ketua kampung melihat anak buahnya.Seorang anak buahnya memberi pendapat.


"Wahai ketua kampung yangku hormati,pada pandanganku biarlah kita beri peluang pada anak-anak muda kita bertaruh dalam pertandingan kali ini.Selama ini kita hanya biarkan mereka mencari makan dan tidak dibenarkan masuk dalam pertandingan mendaki bukit yang perlu kekuatan ini,"cadang si katak itu.Ketua kampung bermonolog sendirian.'Benar juga..sekian lama mereka hanya menyimpan anak-anak muda bermain di luar dan tidak di beri peluang untuk menunjukkan kekuatan mereka'.


"Bagus cadangan itu,baiklah kumpulkan anak katak yang muda..Esok kita jalankan pertandingan ini.."arah ketua kampung.


Bermulalah pertandingan mendaki bukit..kebanyakkan katak-katak dewasa memperlekehkan anak katak yang muda tetapi anak katak itu tetap meneruskan pendakian..


kata mereka.."anak katak yang muda tidak kuat..lihatlah kami ini ada otot yang kuat.."


"Mengapa mereka pula dipilih oleh ketua kampung untuk pertandingan kali ini..."


"Mereka pasti tewas.."


"Mereka muda lagi..."


Mendengar kata-kata itu,sedikit demi sedikit banyak anak katak yang muda berputus asa kerana tidak sanggup dimaki sedemikian rupa..TETAPI hanya seekor saja yang tetap meneruskan pendakiannya..terus melompat dan melompat.Katak-katak dewasa terpana melihatnya.'Bagaimana anak katak sekecil itu boleh mendaki sejauh itu,sedangkan banyak rakannya sudah keletihan dan berputus asa...?'
DAN akhirnya anak katak muda itu berjaya sampai di puncak bukit itu tanpa rasa penat lelah..ia bersorak kesukaan..
APA RAHSIANYA SAHABATKU???
Kerana anak katak itu pekak..ia tidak dengar sepatah pun perkataan makian dari katak dewasa maka itulah katak muda itu berjaya hingga ke puncak...



Apa yang kita dapat dari kisah ini sahabatku..
Seorang pemuda adalah pengganti bagi sepuluh orang dewasa kerana akal kebijaksanaannya,kerana darah mudanya membuak-buak dan ideanya yang bernas
Bila berjuang pemuda inilah berada di barisan hadapan.Mereka tidak pernah takut akan kematian...
Lihatlah sendiri keberanian Ali bin Abu Talib ra yang penuh perkasa...
Lihatlah sendiri keteguhan aqidah Ashabul Kahfi yang tidak pernah berpaling dari janji Allah..

Imam Hasan Al-Banna kategorikan pemuda pada empat bahagian iaitu...

Pertama, ‘qawiyyul ‘aziimah’(kemahuan yang kuat).
Kedua, ‘ma’rifatul mabadii’(mengenal prinsip-prinsip).
Ketiga, ‘imaanubuhu wayaqiin’(beriman dan yakin).
Keempat, ‘tadhhiyah’(sanggup berkorban).


Dan pengajaran yang lain adalah..
Janganlah sesekali berputus asa untuk mencapai matlamat,jika matlamat kita benar..Pasti Allah membantu kita...
Ingatlah Allah tetap bersama kita..
Jangan diendah kata nista kerana bila kita merasakan ia benar kita akan jatuh tersungkur dipertengahan jalan...
Biarkanlah apa sekalipun hendak orang kata tetapi jangan sekali kita berpaling dari arah tujuan kita...
Bersabarlah dalam menempuh ujian,kesabaran itu mendidik hati...
Kerana setiap perbuatan pasti ada balasannya..
jangan sesekali kita berpaling ke belakang kerana apabila sekali berpaling ke belakang kita akan menyesal akan diri..
lihatlah hadapan kalian yang sentiasa menanti kalian menuju-Nya


"Marilah kita berjuang menegak agama yang benar ini.."
"Jangan berbalah perkara yang tidak masuk dek akal kerana musuh kita ada di mana-mana untuk menjatuhkan kita.."
"Selamat Berjuang!!!"



2.31 petang waktu malaysia
dalam ofis...!

Rabu, 18 November 2009

ISFEST di KUIS





JOM PAKAT RAMAI-RAMAI MERIAHKAN FESTIVAL PELAJAR ISLAM SELANGOR ISFEST 09 DI KUIS..MARILAH PELAJAR ISLAM SELURUH SELANGOR DAN LUAR SELANGOR..ANA PUN TAK NAK KETINGGALAN JUA..
OK,KUIS TUNGGU KEDATANGAN ANA..KITA JUMPA DI SANA,RINDUNYA ANA DENGAN SUASANA DI KUIS

..::Buatmu sahabat::..


Sahabat dengarkanlah....



inilah sahabat mawar sepanjang tempoh belajar diploma islamic financial planning.Sahabat berenam yg tak pernah berpisah ke mana jua..kami adalah first batch untuk pelajar diploma islamic financial planning...dengan gabungan beberapa negeri kami jadi kuat..biar ana kenalkan satu persatu..

dari kiri:Salihah(Perak tapi skrg duk putrajaya),Siti Fatimah(Pulau Pinang),
Yumnizahidah(Kelantan),Siti Hajar(Johor),Rohanawati(Sarawak-yg baju ungu)
Zahidah(Selangor)

mantap tak sahabat mawar..dalam kelas pun kami belajar hanya enam orang sahaja..Best tak?Kami dah macam adik-beradik,bila ada sesuatu kami bincang kembali agar kumpulan kami tidak berpecah..Yelah,cuba bayangkan..kami belajar hanya enam orang,bila pergi kelas asyik jumpa muka yang sama..jadi tak boleh nak bergaduh kerana kami saling memerlukan...Di sinilah kami belajar byk bahasa dan makanan setiap negeri..Teringat ana waktu dahulu kami tak makan budu dan ikan keli tapi yuni telah mengajar ana dan lain makan budu..Imah pulak ajar kami makan kari special,ana pulak dari johor..ana ajar mereka makan tempe..kak rohanawati pulak selalu bawa kek sarawak,sedap..macam2 jenis...group kami mmg best..!!




Wahai sahabatku..
Dengarlah luahanku ketika ini..
Bagaimanakah kalian ketika ini..
Sudah lama tiada kabaran dari kalian..
Pabila melihat gambar-gambar kita bersama..
Teringat sewaktu masa dulu..
Rasanya seperti semalam kita baru bertemu..
Dan hari ini kita berpisah...


Buat sahabatku...ku tujukan lagu ini buat kalian...dengar ya...

Biarkan kerinduan di lautan memori
Mengimbau kenangan indah yang mengetuk emosi
Masih segar di ingatan saat mesra berputik
Hatimu bawa sinaran cahaya inspirasi

Sahabat...
kau sesungguhnya
Temanku...
dikala suka dan lara

Tika ku buntu
diselubungi sendu
Kau tiupkan ketabahan kuntum
mengukir senyuman

Bagaikan embun
hilang diterbit fajar
Kau pergi jauh mengejar cita
Menggapai redha Yang Esa

Duhai sahabat dengarkanlah
Bicara hatiku ini
Meskipun jarak memisahkan
Namun tiada rentap kasih

Biarlah waktu menetukan
nilai ukhwah yang terjalin
Teruskanlah perjuangan hingga
Ke titisan darah terakhir

Dan aku masih di sini
terus mendaki
puncak tertinggi hidupku

Dan aku terus menanti
saat yang manis
akan berulang kembali

Sahabat...

Jumaat, 13 November 2009

::..nak baca yang mana dulu...



yang mana patut baca dulu...?
keliru...
semuanya penting untuk diri....
"Ya,Allah!Engkau tenangkanlah hatiku
dalam hadapi dugaan ini dan permudahkanlah
segala urusanku..juga lapangkanlah
hatiku dalam menerima semua yang
akan ku baca ini agar mudahku memahaminya.."

..::..tentang hati...

Mencari Bahagia <3>



Apakah yang perluku cari dalam hidup ini...
harta?
kecantikan?
pangkat?
barang kemas?
atau kebahagiaan...?
yang mana lebih utama..
pening kepala ingin menjawabnya...
kerana...


jikaku pilih harta..
maka akan jadi kaya tetapi pernahku dengar kata2 dari sahabatku..

katanya,
"Bila kita memiliki harta jangan dilupai sanak-saudara kerana harta tidak boleh
dibawa mati.Andai kita riak dengan memilikinya,ingatlah..
satu hari nanti harta itu yang akan membinasakan kita..."

hatiku berbisik..
benar jua apa yang diperkatakan oleh sahabatku..
Lihat saja hartawan, jutawan dan perbagai -wan di dunia ni...
harta telah membinasakan mereka..harta yang dimiliki digunakan
untuk mengubah kejadian tuhan maka yang mereka perolehi adalah kemudaratan..
digunakan untuk berjoli maka yang dapat keruntuhan rumahtangga dan
sakit yang berterusan...
digunakan harta untuk berjudi maka yang dapat anak isteri yang merempat..
apakah itu bahagia?

Andaiku pilih kecantikan...
ia jua tidak kekal..
satu hari nanti pasti ia pudar di mamah usia..
kecantikan bukan pada wajah tetapi jua pada hati..
dari hati maka lahirlah akhlak..
jika akhlaknya bertunjangkan iman akan baiklah ia..
jika akhlaknya berpandukan syaitan maka buruklah ia...

Bahawa di dalam diri anda terdapat segumpal darah, yang apabila baik segumpal darah tersebut maka akan baiklah diri anda, namun apabila buruk segumpal darah tersebut, maka akan buruk pulalah diri anda, dan segumpal darah tersebut adalah hati…
(Al-Hadith)


(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.
(surah Ali-Imran :8)


Bilaku memilih pangkat pula...
takut satu hari nantiku akan jatuh rebah ke bumi...
ketika itu kawan menjadi lawan dan lawan apatah lagi..

bila memilih barang kemas...
akhirnya hilang jua barang kemas itu
ia tidak berpanjangan...
mungkin hari ini kita perolehi,tapi esok jadi taruhan..
amat menyakitkan bukan...
jadi siapa akan kita pilih?

Maka kebahagiaan itu lebih penting..
ia bukan hanya perkataan tetapi untuk mendapatnya mestilah
menzahirkannya...
Bahagia pada hati,bahagia pada diri,bahagia bersama keluarga dan
yang paling utama bahagia bersama dengan yang Esa..


teringatku sebuah cerita..
seorang raja yang amat suka pada lukisan kedamaian..
dalam banyak2 lukisan itu baginda amat tertarik pada dua jenis lukisan..
lukisan pertama..
menceritakan tentang kehidupan rimba yang sunyi..
di mana hati amat tenteram di dalamnya..
lukisan kedua pula...
menceritakan sawah padi yang menghijau..
di kaki bukit pula terdapat air terjun yang mengalir deras..
ia menghidupkan suasana penuh dramatik tetapi
disebalik air terjun yang mengalir deras terdapa
sarang burung di situ..
tergambar sebuah keluarga burung yang duduk tanpa menghirau suasana yang amat membahayakan sang burung di situ...

lalu raja itu memilih lukisan kedua kerana katanya,

"beginilah kehidupan..kita hidup dengan penuh ranjau dan duri
kita menempuhnya dengan tabah dan sabar maka kebahagiaan milik kita..
bahagia tidak akan dapat dengan mudah..jika dugaan yang diterima
tidak kita lalui dengan sebaiknya..biarlah di dunia ini kita derita kerana dunia
hanya sementara...yang kekal adalah kebahagiaan di akhirat.."



3.53 petang
waktu Selangor
exactly!!
13/11/09

Di sudut hati...





Kadang-kadang kita tidak tahu fitnah ke atas diri kita adalah ujian di muka bumi ini...
Kita marah, kecewa dan geram pada si adu domba itu..
Mengapa ada saja pengadu-pengadu yang tidak bertauliah?
Tidakkah mereka rasa senang bila memfinah saudara seIslamnya sendiri...
Darah yang sama mengalir dalam tubuh, kalimah yang sama dituturkan pada yang Esa..
Ah,mungkin mereka tidak sedar apa yang mereka katakan...
Bibir itu dianugerahkan daripada yang Esa tetapi bicaranya tidak pada yang sepatutnya...
Kenang kembali kisah lampau..
Ketika fitnah ke atas diriku tersebar bak debu-debu yang berterbangan...
Tiada siapa tempat untuk mengadu dan bercerita...
Semuanya lari begitu saja, beginilah manusia...
jika senang ramai sekali tetapi bila susah dan derita
Mengaku saudara pun tidak sekali...
Tetapi ketika itu aku pasti...Allah tentu mendengar segala rintihanku,
kerana itu segala
Urusanku dipermudahkan...
Teringat kata cikguku yang disayangi..
“orang yang teraniaya akan sentiasa mendapat tempat di sisi Allah
kerana fitnah itu adalah ujian untuk kita beriman atau tidak kepada-Nya..”





Selalu aku termenung sendirian...
Ketika itu aku ternampak sesuatu yang sedang
mekar
di perkarangan taman mini dan kini menjadi teman hatiku..
Itulah sahabat tempatku bercerita setiap pagi dan petang...
Hanya dia mengetahui apa di hatiku ketika itu...
Mawar itu kian mekar tika hati ini rasa pilu..

dialah pemberi semangat untukku bangkit
Dari mimpi kegelapan..
Mawar itu tersenyum indah, tidak sesekali ia pedulikan manusia yang merosakkannya...





Aku menghampirinya dan seraya berkata,

“Wahai mawar yang indah, sungguh tabah hatimu ketika ini.
Tidak pernah engkau layu menyembah bumi selagi engkau tidak hadiahkan keharumanmu pada manusia dan manismu pada sang lebah.
Aku ingin sekali jadi sepertimu hanya hidup mewarnai hati yang gelisah.Pernahkah engkau terfikir
bahawa kau telah jadi sebahagian dariku...”
Aku tersenyum bersamanya.


Aku cium harumannya yang menusuk kalbuku.
Alangkah bahagianya tika itu.
Saat itu aku lupa Segala dugaan yang ku alami...
Sejak itu, telah menjadi rutin hidup.

Setiap kali pagi, tengah hari dan petang pastiku kunjungi taman Itu.
Mawar itu tetap mekar...




Pernah sekali aku dikatakan gila oleh orang itu kerana
berkata-kata denganmu...

“Eh,hajar..kamu sudah gila ke?Bercakap sorang-sorang...”



Pedih rasanya bila mengingatinya..
Salahkah aku bercerita padamu.Lebih baik aku bercerita denganmu daripada mereka yang hanya tahu menyakiti hatiku...

Ku tahu setiap mahluk Allah jua amat suka bila dibelai manja,
menyayanginya dan dijaga dengan baik...




Begitu jua kau,mawar.
Setiap hari ku kucup kelopakmu dengan tasbih kepada yang Esa...
Kau beriku senyuman yang mekar


Tika itu...
Ku selalu berdoa..

Andai kita dapat bersatu dalam hidup ini, amat bertuah rasanya diri.
Kau adalah element diriku dan aku adalah pecinta dirimu...

Bahagianya.





Tika ini,
Tanpa disedari kau telah jadi sebahagian dariku...

walau aku telah berjauhan darimu tapi hatiku
sentiasa mengingatimu...
ke mana saja aku berada, kau tetap di hatiku....
Sekarang ini aku jua telah jadi sepertimu....



Kau mahu sentiasa disayangi,
aku jua ingin disayangi oleh Allah..
Kau sentiasa mahu dibajai agar sentiasa cantik,

aku ingin dibajai dengan iman dan takwa pada-Nya
Kau sentiasa mahu disirami agar tumbuh segar,

aku jua sirami dirku dengan zikrullah agar sentiasa
mengingati Maha Penyayang...
Kau jua mempertahankan dirimu dengan duri menusuk jari-jari nakal,

aku jua ingin begitu..
ku Labuhkan pakaianku agar tiada siapa berani mengusik mahkotaku....
Kau ingin beri haruman pada sang pecinta,aku jua begitu..

ku beri haruman akhlak terpuji agar terjaga ia....
Kau mewarnai keindahan alam dengan kuntumanmu,

aku jua ingin mewarnai keindahan pelangi hidupku
agar ia berseri mencari cinta sejati.....






bilakah lagi aku dapat menemuimu...
Pada Allah jua tempat aku mengadu segala-galanya..

Hanya Allah mengetahui isi hatiku..!
Itulah pencinta yang hakiki...!




1.52 pagi
Waktu Bandar baru bangi
“Xiexie,Allah..”
13/11/09

Rabu, 11 November 2009

Jauh sendirian.....




"Jauh dikala hati menyendiri,
Dekat tatkala diri tidak mengerti
Rindu adalah benih ketaqwaan
Yang mampu menyucikan amalan
Dengan sentiasa ingat padaNya.
Hanya mengharap redha Allah.
Pada guru kita bertemu,
Belajar sesuatu mendapat ilmu,
Membimbing diri menemui ilahi ..."

Selasa, 10 November 2009

kata hati seorang gadis

~~Mencari erti Cinta~~

Cinta , Kasih , Sayang Allah (2)











Cinta, kasih dan sayang selalu kedengaran dalam ungkapan sang pecinta.Di saat hati berbunga mekar di dada kata itu dilahirkan menghurai segala rasa di jiwa agar perasaan itu dirasai bersama..Itulah kelebihan rasa jiwa pecinta abadi...Alangkah hebatnya rasa jiwa itu !! Mungkin ketika itu,angin kencang melanda terasa bagaikan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa yang menerjah kulit-kulit halus..Mungkin ketika itu,lautan yang bergelombang terasa bagaikan percikan air membasahi tubuh..begitulah hebatnya perasaan sang pecinta...
Benarkah ia? Apakah erti sebenar cinta , kasih dan sayang.... ?

Apakah cinta sebenar?


Masih terngiang-ngiang di telinga ana bicara seorang sahabat tentang cinta, kasih dan sayang..


Katanya:-


“Wahai adikku,cinta adalah satu perasaan yang sukar diungkapkan.Ia jua sukar dijelaskan dengan kata-kata.Lihatlah dunia diluar sana kerana perasaan yang sukar dimengertikan ramai sudah terjerumus di landasan kemaksiatan..”


Ana terpaku mendengar bicaranya..walaupun banyak kali ana mendengar istilah cinta inilah kali pertama ana dengar bicara seorang kakak mengupas tentang cinta..hati ana berbicara sendirian,benarkah itu istilah cinta sebenar..mengapa ada kurangnya?? Ana biarkan persoalan itu bermain difikiran..agar akal ini sentiasa berfikir.Ana melihatnya..ia tersenyum dan menyambung bicaranya..



“Wahai adikku,sebenarnya cinta itu tiada cacat celanya..yang salah adalah manusia.Penafsiran mereka mencacatkan perasaan yang suci..Cinta itu dianugerah oleh Allah kepada hamba-Nya untuk mengaplikasikan rasa syukur kita kepada yang Esa..”


Termangu ana mendengar bicaranya kali ini....Ana biarkan sahaja bicaranya tanpa jawapan..Biar ana mencari jawapannya sendiri...Semakin dicari semakin pelbagai tafsiran telah ana dengar..Dalam buku motivasi RASA CINTA dari DR HM Tuah Iskandar al-Haj,katanya:-

“Cintailah selagi cinta itu tidak melanggari syarak, jika cinta itu telah terpesong jauhilah ia dan carilah cinta yang sejati dan hakiki...”

Apakah cinta yang sejati dan hakiki ??Ana termenung sendirian melakar cerita yang tiada berpenghujung...ketika akal tercari-cari maksud tersembunyi, hati mula berbisik tentang satu ungkapan cinta...

“Carilah cinta yang sejati
Yang ada hanyalah padanya
Carilah cinta yang hakiki
Yang ada hanyalah padanya yang Esa
Carilah kasih yang kekal selamanya
Yang ada hanyalah pada Tuhanmu...”


Mengapa kita perlu cari cinta Ilahi?Bukankah ar-Rahman itu telah membuktikan CINTA dan KASIHnya Allah pada mahluk-Nya...dalam menyimpul segala istilah yang didendangkan masih ingin mencari baki yang bersisa..huraian setiap istilah tidak pernah memenuhi akal fikiran ini..

Lirik lagu UNIC kembali menerjah akal fikiranku..


Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya


Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai


Cinta,Kasih dan Sayang tak dapat dipisahkan kerana sifat itu sendiri adalah Dari-Nya...manusia jua tidak dapat menghindari dari sifat itu..Allah telah beri setitis Cinta,Kasih dan Sayang-Nya kepada kita untuk kita merasai nikmat yang telah dianugerahkan...

Cinta,Kasih sayang sesama manusia...


Wahai saudaraku, manusia jua tidak lari dari percintaan,berkasih dan saling sayang-menyayang...Kerana itu adalah sifat Allah yang telah diberikan kepada mahluk-Nya..tetapi malang sekali, ketika ini manusia tidak menyintai dan berkasih kerana Allah maka lihatlah sekelilingmu....Kebanyakkan cinta dan kasih mereka amat menyakitkan.
Lihatlah saudaraku...andai cinta dan kasih sayang tidak diletakkan pada tempat yang sepatutnya maka terjadilah cinta yang ternoda.Jika difikir-fikirkan, berapa ramai sekarang ini cinta dan kasih sayangnya hanya pada yang Esa?Sedikit sangat...


Perhatikanlah sekelilingmu,wahai saudaraku....tidak perlu ungkapan hanya mata memerhatikannya.Hari ini cinta mereka berlandaskan nafsu,bila nafsu mula menguasai diri maka maruah diri tdak diambilkira, maruah agama apatah lagi...sanggup melupakan ibu bapa yang telah membesarkan kita dan sanggup menukar agama kerana cinta yang tak pasti..paling malang sekali melupakan KASIH SAYANG ALLAH yang telah menghidupkan kita..Cinta dan kasih sayang bukan berlandaskan nafsu tetapi ia perlu di fahami dan didalami akan makna yang tersirat disebalik perkataan itu..

Petikan dari buku al Faqir ilalLah Tokku Hj. Ibrahim bin Mohamad,

"Hati yang baik akan melahirkan perasaan cinta setelah ia kenal dan faham kebaikan serta mengenal sifat-sifat mulia yang seseorang terhadapnya.. "


 
“Tak kenal maka tidak cinta”


Jika kita menyintai seorang perempuan..maka apa yang perlu kita cari,selamilah hatinya dengan tulus ikhlas, ketahuilah suka dan perkara ia tidak suka.Ketahui jua latar belakangnya kerana pabila latar belakang hidupnya hanya berlandaskan kejahilan maka itulah akan terjadi pada keturunan kita tetapi jika latar belakang hidupnya berlandaskan CINTA ALLAH dan RASUL maka keturunan kita jua demi CINTA-NYA..

Begitu jua rasa Cinta pada yang Esa, jika hati tiada rasa cinta pada Allah,maka itu belum cukup untuk mengenal Allah.Kita bukan hanya tahu sifat-Nya atau nama-Nya saja tetapi kesuluruhannya termasuk jua perkara Dia suka dan perkara yang tidak disukai-Nya...Sudahkah kita cari..?



1.25 pagi waktu Malaysia
Selamat pagi dan malam...
10/11/09


Isnin, 9 November 2009

::Bukan Milik Kita::

Mencari Bahagia

Segala bukan milik kita

Segala puji bagi Allah ,
tuhan yang mencipta ana dan antum..
Sememangnya Dialah yang patut menerima pujian.
Segala keindahan adalah milik-Nya,
begitu jua ana dan antum.
Keindahan kita itu menandakan sebahagian keindahan milik-nya..
Alangkah bahagianya hidup kerana segala
milik-Nya ada sebahagian milik kita..!!
Bahagia itulah yang banyak yang dibincangkan pada masa kini...
Adakala kita mendengar keluh kesah tentang hakikat hidup...
Kadang-kadang ratapan dan tangisan kedengaran di mana-mana...
Salah menyalah antara satu sama lain...

“Apalah nasib aku mendapat anak yang kurang ajar macam ni..!! Anak yang
tidak tahu diuntung..Apalah nasib aku ni?? Apakah dosa aku!!”

“Kau ni tak layak tinggal dengan aku sebenarnya...Kau ni sampah je bagi aku!!!”

“Hari-hari saya yang buat kerja.Memasak,basuh baju,basuh pinggan,gosok baju awak..Awak tu tahu balik kerja tido,berdengkur...lepas tu makan,minum..tu je yang awak tahu sepanjang hidup ni..?? tak boleh ke tolong saya sidaikan baju kat ampai sekejap...saya nak susukan anak sekejap.Hai,apalah nasib aku dapat suami macam tu..!”

 
Pelbagai situasi kita dengar setiap hari di mana-mana sahaja tidak kira di dalam rumah,rumah jiran,televisyen dan everything...tetap akan ada,kadang-kadang jadi perkara biasa.Jadi kita pun tulikan telinga dan butakan hati untuk mengubah mereka tentang ujian Allah..Tidakkah antum terfikir yang segala kejadian mahupun susah atau senang adalah ujian di muka bumi ini..diberi kepada kita maka ingatlah firman Allah:

“Dijadikan mati dan hidup adalah untuk menguji manusia siapakah
yang terbaik amalannya.” Al Mulk.

Usahlah antum bersedih kerana hidup ini penuh dengan ranjau..
mungkin itu sebahagian top up untuk akhirat nanti..
Janji Allah tetap akan ditunaikan...
Ana selalu ingatkan diri ana bila ujian melanda diri ini
maka yang utama adalah semuanya bukan milik ana..antum pun begitu jua...
Sekejap diberi gembira dan sekelip mata ia hilang dipandangan...Jika kita menderita maka lihatlah di luar sana pasti ada yang lebih derita yang tak dapat ditanggung..

Segalanya bukan milik kita yang mutlak,Allah beri pinjam seketika sahaja...
Tentang sebuah keluarga yang bahagia,tetapi kebahagiaannya hanya seketika malah mereka tidak pernah salahkan tuhan segala kejadian yang menimpa mereka..Ana rasa cerita ini amat popular tetapi ana suka bercerita..Inilah tugas fasilitator sentiasa bercerita untuk dijadikan motivasi...Sudah menjadi kebiasaan bercerita maka di sini jua ana ingin bercerita..

Kisahnya begini..

 Peristiwa ini berlaku ketika si suami keluar bekerja untuk beberapa hari.
Dan si isteri dan anak mereka tinggal di rumah .
Maka di pendekkan ceritanya ,suatu
hari si anak jatuh sakit yang amat...
Si isteri kebingungan dan tiada siapa yang ingin di harapnya hanya pada Allah.

Dengan kuasa Allah , anaknya meninggal dunia.
Si isteri menunggu kepulangan si suami.
Apabila si suaminya pulang dari tempat bekerja maka di

Tanya ke manakah anaknya.
Si isteri menjawab,
“Anak kita sedang tidur nyenyak di tempat pembaringan,”

si suaminya pun melihat anaknya di kamar tidur.
Ya...memang benar anaknya sedang tidur.
Ketika suaminya sudah hilang penat dari perjalanannya.

Si isteri pun mengambil kesempatan untuk memberitahu perkara sebenar.

“Wahai suamiku, bolehkah aku meminta pendapatmu,”
si isteri memulakan bicaranya.

“Silakan,wahai isteriku,”jawab suaminya.

“Wahai suamiku,ketika kamu pergi keluar bekerja.Aku telah meminjam pinggan daripada jiran kita.Apakah yang patut kita buat,wahai suamiku?”Tanya si isteri.

“Wahai isteriku,jika kita telah meminjam sesuatu maka sepatutnya kita pulangkan kembali kerana itu bukanlah hak kita,”jawab si suami tanpa berfikir apa-apa di sebalik pertanyaan isterinya.

“Wahai suamiku,begitulah yang terjadi kepada kita.Allah telah meminjam sesuatu yang berharga kepada kita iaitu anak.Sampai waktu ia mengambilnya..”Beritahu si isteri.

Alangkah terperanjatnya si suami rupa-rupanya di sebalik pertanyaan itu ada suatu perkara yang besar telah berlaku.Maka si suami hanya berserah kepada Allah taala dan redha dengan apa yang berlaku.



Bagaimanakah perasaan antum bila berada dalam situasi mereka?Adakah meraung menyalahi takdir Allah atau redha dengan ketentuannya...?Keteguhan iman mereka tidak dapat digambarkan,rasa syukur pada Allah makin menjalar hebat diruang hati mereka...Apakah kita tidak rasa begitu?

Segalanya dari Allah

Benar sahabatku,segala yang ada di dalam tubuh,diluar tubuh dan disekeliling kita bukanlah milik kita...Segala milik-Nya.Kita hanya peminjam seketika,jika tiba masanya kan diambil bila-bila masa..

Seperti pemiutang dengan peminjam..
Pemiutang akan memberi kita barang yang hendak dipinjam tapi bila tiba masanya pemiutang akan ambil kembali barangnya tanpa memberi waktu atau masa bilakah akan diambilnya barang itu...


Maka apakah hak kita untuk melarangnya..kerana itu adalah miliknya...
Begitu jualah kita hidup di dunia ini...hanya seketika dan tiba waktunya akan pergi jua.Kebahagiaan boleh dicapai dengan rasa SYUKUR pada-Nya..Bila rasa SYUKUR telah menyeliputi hati kita maka tiada lain hanya ALLAH tempat kita membalas rasa CINTA...



3.31 pagi
Well done!!
9/11/09


Kata-kata hikmah dari Masruq ibn al-ajda'