Jumaat, 13 November 2009

Di sudut hati...





Kadang-kadang kita tidak tahu fitnah ke atas diri kita adalah ujian di muka bumi ini...
Kita marah, kecewa dan geram pada si adu domba itu..
Mengapa ada saja pengadu-pengadu yang tidak bertauliah?
Tidakkah mereka rasa senang bila memfinah saudara seIslamnya sendiri...
Darah yang sama mengalir dalam tubuh, kalimah yang sama dituturkan pada yang Esa..
Ah,mungkin mereka tidak sedar apa yang mereka katakan...
Bibir itu dianugerahkan daripada yang Esa tetapi bicaranya tidak pada yang sepatutnya...
Kenang kembali kisah lampau..
Ketika fitnah ke atas diriku tersebar bak debu-debu yang berterbangan...
Tiada siapa tempat untuk mengadu dan bercerita...
Semuanya lari begitu saja, beginilah manusia...
jika senang ramai sekali tetapi bila susah dan derita
Mengaku saudara pun tidak sekali...
Tetapi ketika itu aku pasti...Allah tentu mendengar segala rintihanku,
kerana itu segala
Urusanku dipermudahkan...
Teringat kata cikguku yang disayangi..
“orang yang teraniaya akan sentiasa mendapat tempat di sisi Allah
kerana fitnah itu adalah ujian untuk kita beriman atau tidak kepada-Nya..”





Selalu aku termenung sendirian...
Ketika itu aku ternampak sesuatu yang sedang
mekar
di perkarangan taman mini dan kini menjadi teman hatiku..
Itulah sahabat tempatku bercerita setiap pagi dan petang...
Hanya dia mengetahui apa di hatiku ketika itu...
Mawar itu kian mekar tika hati ini rasa pilu..

dialah pemberi semangat untukku bangkit
Dari mimpi kegelapan..
Mawar itu tersenyum indah, tidak sesekali ia pedulikan manusia yang merosakkannya...





Aku menghampirinya dan seraya berkata,

“Wahai mawar yang indah, sungguh tabah hatimu ketika ini.
Tidak pernah engkau layu menyembah bumi selagi engkau tidak hadiahkan keharumanmu pada manusia dan manismu pada sang lebah.
Aku ingin sekali jadi sepertimu hanya hidup mewarnai hati yang gelisah.Pernahkah engkau terfikir
bahawa kau telah jadi sebahagian dariku...”
Aku tersenyum bersamanya.


Aku cium harumannya yang menusuk kalbuku.
Alangkah bahagianya tika itu.
Saat itu aku lupa Segala dugaan yang ku alami...
Sejak itu, telah menjadi rutin hidup.

Setiap kali pagi, tengah hari dan petang pastiku kunjungi taman Itu.
Mawar itu tetap mekar...




Pernah sekali aku dikatakan gila oleh orang itu kerana
berkata-kata denganmu...

“Eh,hajar..kamu sudah gila ke?Bercakap sorang-sorang...”



Pedih rasanya bila mengingatinya..
Salahkah aku bercerita padamu.Lebih baik aku bercerita denganmu daripada mereka yang hanya tahu menyakiti hatiku...

Ku tahu setiap mahluk Allah jua amat suka bila dibelai manja,
menyayanginya dan dijaga dengan baik...




Begitu jua kau,mawar.
Setiap hari ku kucup kelopakmu dengan tasbih kepada yang Esa...
Kau beriku senyuman yang mekar


Tika itu...
Ku selalu berdoa..

Andai kita dapat bersatu dalam hidup ini, amat bertuah rasanya diri.
Kau adalah element diriku dan aku adalah pecinta dirimu...

Bahagianya.





Tika ini,
Tanpa disedari kau telah jadi sebahagian dariku...

walau aku telah berjauhan darimu tapi hatiku
sentiasa mengingatimu...
ke mana saja aku berada, kau tetap di hatiku....
Sekarang ini aku jua telah jadi sepertimu....



Kau mahu sentiasa disayangi,
aku jua ingin disayangi oleh Allah..
Kau sentiasa mahu dibajai agar sentiasa cantik,

aku ingin dibajai dengan iman dan takwa pada-Nya
Kau sentiasa mahu disirami agar tumbuh segar,

aku jua sirami dirku dengan zikrullah agar sentiasa
mengingati Maha Penyayang...
Kau jua mempertahankan dirimu dengan duri menusuk jari-jari nakal,

aku jua ingin begitu..
ku Labuhkan pakaianku agar tiada siapa berani mengusik mahkotaku....
Kau ingin beri haruman pada sang pecinta,aku jua begitu..

ku beri haruman akhlak terpuji agar terjaga ia....
Kau mewarnai keindahan alam dengan kuntumanmu,

aku jua ingin mewarnai keindahan pelangi hidupku
agar ia berseri mencari cinta sejati.....






bilakah lagi aku dapat menemuimu...
Pada Allah jua tempat aku mengadu segala-galanya..

Hanya Allah mengetahui isi hatiku..!
Itulah pencinta yang hakiki...!




1.52 pagi
Waktu Bandar baru bangi
“Xiexie,Allah..”
13/11/09

Tiada ulasan:

Kata-kata hikmah dari Masruq ibn al-ajda'