Khamis, 19 November 2009

...ujian itu indah...



wahai sahabatku,


Setiap hari kita didedahkan pelbagai ujian dari-Nya...
kadang-kadang kita tertanya-tanya mengapa ujian itu datang kepada kita...
Adakah untuk melihat kelemahan?
Atau sengaja menguji kita?
Segalanya Allah lebih mengetahuinya...
pabila kita menerima ujian itu barulah kita mengetahui hikmah sebaliknya..
Ujian datang bukan untuk menjatuhkan maruah kita..
Ujian datang bukan untuk melepaskan geram..
Ujian datang bukan untuk menyalahkan takdir...
Tapi ia datang dengan hemah..
Ia datang untuk memantapkan kepercayaan kita terhadap Yang Esa..
Ia datang membina keyakinan kita sebagai hamba...
Ia datang atas Kasih Sayang-Nya pada kita...
Ia datang atas rasa Cinta-Nya pada kita...
Ia datang untuk kita rasa dakapan rahmat-Nya...
Bagaimanakah kita bisa menyalahkannya?

Mengapa kita perlu meratapinya..
kerana kita tidak pernah ditinggalkan oleh Ar-Rahim..
Dia sentiasa bersama kita walau bagaimanapun keadaan kita..


Wahai sahabatku,



jika kalian masih kecewa...
katakanlah pada dirimu bahawa Allah tetap bersamamu..
usaplah jantung di sebelah kirimu...pejamlah matamu dan katakanlah...


.....لاَ تَحْزَنْ إِنَّ اللّهَ مَعَنَا....

..."Janganlah bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita..."( At-taubah:pertengahan ayat 40)

Ingatlah Allah..pasti Allah akan tenteramkan hatimu..

Allah berfirman :


“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman.” (Al-Imran : 139)

Lihatlah sahabatku,

Allah tidak pernah tinggalkan kita sendirian..
Mengapa kita perlu rasa kita keseorangan...
Ana ada cerita untuk dikongsi bersama..kisah anak katak
Mengapa anak katak?
Kerana setiap mahluk yang bernyawa adalah ciptaan Dari-Nya..
Allah wujudkannya untuk kita berfikir..
Kisah ini banyak kali ana cerita pada adik-adik yang ana kendalikan ketika ana jadi fasilitator agar mereka belajar dari mahluk Allah itu...


Dengarlah wahai sahabatku,

Suatu waktu dahulu,di sebuah perkampungan katak-katak ada pertandingan mendaki bukit tetapi tiada siapa yang bisa mendaki bukit.Yang tua jatuh terguling,yang betina lelah kepenatan..bagi katak-katak ini bukit itu sukar di daki..Maka suatu hari,ketua kampung katak-katak itu pun mengadakan mesyuarat untuk mengadakan pertandingan mendaki bukit...

Berkata ketua kampung pada penduduk sekaliannya,


"Wahai anak-anak buahku,sudah sekian lama kita mengadakan pertandingan mendaki bukit itu tetapi tiada siap yang bisa dinobatkan menjadi juara kerana semuanya tewas dipertengahan jalan.Maka apakah cadangan kalian untuk pertandingan ini?"ketua kampung melihat anak buahnya.Seorang anak buahnya memberi pendapat.


"Wahai ketua kampung yangku hormati,pada pandanganku biarlah kita beri peluang pada anak-anak muda kita bertaruh dalam pertandingan kali ini.Selama ini kita hanya biarkan mereka mencari makan dan tidak dibenarkan masuk dalam pertandingan mendaki bukit yang perlu kekuatan ini,"cadang si katak itu.Ketua kampung bermonolog sendirian.'Benar juga..sekian lama mereka hanya menyimpan anak-anak muda bermain di luar dan tidak di beri peluang untuk menunjukkan kekuatan mereka'.


"Bagus cadangan itu,baiklah kumpulkan anak katak yang muda..Esok kita jalankan pertandingan ini.."arah ketua kampung.


Bermulalah pertandingan mendaki bukit..kebanyakkan katak-katak dewasa memperlekehkan anak katak yang muda tetapi anak katak itu tetap meneruskan pendakian..


kata mereka.."anak katak yang muda tidak kuat..lihatlah kami ini ada otot yang kuat.."


"Mengapa mereka pula dipilih oleh ketua kampung untuk pertandingan kali ini..."


"Mereka pasti tewas.."


"Mereka muda lagi..."


Mendengar kata-kata itu,sedikit demi sedikit banyak anak katak yang muda berputus asa kerana tidak sanggup dimaki sedemikian rupa..TETAPI hanya seekor saja yang tetap meneruskan pendakiannya..terus melompat dan melompat.Katak-katak dewasa terpana melihatnya.'Bagaimana anak katak sekecil itu boleh mendaki sejauh itu,sedangkan banyak rakannya sudah keletihan dan berputus asa...?'
DAN akhirnya anak katak muda itu berjaya sampai di puncak bukit itu tanpa rasa penat lelah..ia bersorak kesukaan..
APA RAHSIANYA SAHABATKU???
Kerana anak katak itu pekak..ia tidak dengar sepatah pun perkataan makian dari katak dewasa maka itulah katak muda itu berjaya hingga ke puncak...



Apa yang kita dapat dari kisah ini sahabatku..
Seorang pemuda adalah pengganti bagi sepuluh orang dewasa kerana akal kebijaksanaannya,kerana darah mudanya membuak-buak dan ideanya yang bernas
Bila berjuang pemuda inilah berada di barisan hadapan.Mereka tidak pernah takut akan kematian...
Lihatlah sendiri keberanian Ali bin Abu Talib ra yang penuh perkasa...
Lihatlah sendiri keteguhan aqidah Ashabul Kahfi yang tidak pernah berpaling dari janji Allah..

Imam Hasan Al-Banna kategorikan pemuda pada empat bahagian iaitu...

Pertama, ‘qawiyyul ‘aziimah’(kemahuan yang kuat).
Kedua, ‘ma’rifatul mabadii’(mengenal prinsip-prinsip).
Ketiga, ‘imaanubuhu wayaqiin’(beriman dan yakin).
Keempat, ‘tadhhiyah’(sanggup berkorban).


Dan pengajaran yang lain adalah..
Janganlah sesekali berputus asa untuk mencapai matlamat,jika matlamat kita benar..Pasti Allah membantu kita...
Ingatlah Allah tetap bersama kita..
Jangan diendah kata nista kerana bila kita merasakan ia benar kita akan jatuh tersungkur dipertengahan jalan...
Biarkanlah apa sekalipun hendak orang kata tetapi jangan sekali kita berpaling dari arah tujuan kita...
Bersabarlah dalam menempuh ujian,kesabaran itu mendidik hati...
Kerana setiap perbuatan pasti ada balasannya..
jangan sesekali kita berpaling ke belakang kerana apabila sekali berpaling ke belakang kita akan menyesal akan diri..
lihatlah hadapan kalian yang sentiasa menanti kalian menuju-Nya


"Marilah kita berjuang menegak agama yang benar ini.."
"Jangan berbalah perkara yang tidak masuk dek akal kerana musuh kita ada di mana-mana untuk menjatuhkan kita.."
"Selamat Berjuang!!!"



2.31 petang waktu malaysia
dalam ofis...!

Tiada ulasan:

Kata-kata hikmah dari Masruq ibn al-ajda'