Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Ahad, 4 Disember 2011

JAGALAH DIRIMU




Lama sudah tidak menulis di blog ni,rindu rasanya untuk menulis semula tetapi tidak tahu topic apa yang ingin dibincang…Rupa-rupanya kejadian sekeliling mengajar erti hidup…Melihat burung menyanyikan lagu rindu pada PenciptaNya,mengajar kita erti CINTA…asyik sekali..!Walaupun hanya mahluk Allah yang kerdil tetapi ia tetap saling sayang menyayangi…


Teringat ana tentang drama bersiri CSI yang ana tonton baru2 ini,dimana wanita dijaja sesuka hati,jahiliah kembali bersarang di bumi Allah ini…tiada belas kasihan sesama  manusia,sungguh berlainan kita mempamerkan cinta…sedangkan Rasulullah SAW  menyuruh kita cinta sesama insan…Mari kita hayati apa yang ana dapat pada drama bersiri CSI kegemaran ana…



Ceritanya bermula ,Dr Ray mencari gadis yang hilang di Miami namanya Madeline Briggs,tetapi dalam mencari gadis yang hilang itu,Dr Ray telah mendapat kes tebaru jadi dia terpaksa hentikan pencarian gadis itu dan menyelesaikan kes terbaru yang membabitkan kes bunuh pembaca berita yang bernama Dede,dalam penyiasatan itu mengatakan Dede dibunuh ketika melacurkan diri di sebuah hotel.

Dalam siasatan itu,Dede dikenalpasti adalah seorang pelacur dibawah alku bernama Anthony Samuel,kerana  mempunyai lambang tatu berbentuk ‘love’.Pelacur2  Anthony semuanya mempunyai lambang yang sama,dalam banyak2 pelacur ada seorang pelacur bernama Diane,Diane ini menyintai Anthony.Diane inilah yang telah membunuh Dede di hotel kerana cemburu pada Dede dan Diane mendapat tahu Dede cuba menipu Anthony.Siapakah  Diane ini?

Sebenarnya Diane adalah pelacur yang lari dari seorang alku bernama Dimitri,Dimitri ini adalah pensyarah yang mempunyai ramai pelajar perempuan.Dimitri ini adalah alku paling kejam kerana ia sanggup bunuh wanita yang dilacurnya dan sesetengahnya dijual kepada orang lain .Ada juga mereka dibunuh untuk mendapatkan organ dalaman dan dijual pada sindiket haram.

Tetapi ada satu kata-kata Dimitri yang ana ingat sampai bila2 ,katanya, “perempuan memang bekerja untuk melacur…”

Katanya lagi, “perempuan menyukai wang,pakaian,rumah,barang kemas,keseronokan..tetapi mereka tidak tahu bagaimana untuk mendapatkannya tetapi hanya satu jalan untuk dapatkan semua itu dengan melacur…”


Termenung ana seketika bila kata2 Dimitri itu menyusuk dalam hati,betapa sakit dan pedihnya hati ini bila seorang lelaki mengatakan begitu.Walaupun ia sebuah drama bukan kenyataan tetapi skripnya dari manusia dan pelakonnya adalah manusia…Cuba anda fikirkan,inilah perspektif yang masyarakat dunia barat sekarang mengangap wanita adalah pelacur.

Di sini ana nak highlightkan tentang wanita:

1)      Jagalah kehormatan diri anda kerana kehormatan itu menaikkan martabat kita sebagai wanita.

“Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki”
( Hadis Riwayat  Al Bazzar)


2)      Jagalah auratmu di hadapan bukan muhrim.Dalam Surah an-Nur  telah Allah SWT berfirman,ayat  31:

      “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”

3)     Jagalah anak2 perempuan kerana Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

Wanita itu memang lemah tetapi jangan jadikan kelemahan itu untuk memusnahkan diri sendiri. Sedangkan  kita mempunyai banyak kelebihan,berdoalah agar kita tidak terjebak ke lembah kegelapan.Ber doalah kerana doa wanita itu lebih termakbul dari seorang lelaki,makbulnya doa wanita kerana sifat penyayang lebih dari lelaki.

Janganlah kita tergelincir kerana dunia semata-mata kerana apabila wanita itu teruk perangainya ia lebih buruk dari 1000 orang lelaki yang buruk perangainya.

Allah SWT meninggikan darjat wanita tetapi jangan kita menjatuhkannya dengan sehina-hinanya.

Wallahualam..Semunya datang dari Allah.Allah lebih mengetahui…!



Sabtu, 21 Mei 2011

Yang kecil menjadi Besar 2

Bila duit menjadi ukuran

"Susahlah kak,kami bukan tak nak kawin tapi tak cukup duit lagi untuk majlis kawin.Saya ni nak jugak buat besar-besaran.Kawin ni hanya sekali seumur hidup je kak,"beritahu rakat saya suatu hari.

"Kamu nak buat majlis macam mana lagi?"tanya saya.Ingin tahu lebih lanjut juga,mengapa rakan saya itu mengatakan demikian.

"yelah,kak.Kawin kan hanya sekali seumur hidup jadi kalau boleh saya ingin sangat buat majlis yang grand2 gitu.Buat kat dewan besar,pakai baju pengantin yang cantik dan meriah,"jawab rakan saya dengan penuh emosi.

Terdiam seketika apabila rakan saya berkata begitu.

Tidakkah dia tahu majlis besar-besaran ini adalah pembaziran?
Tidakkah dia tahu mempercepatkan perkahwinan itu lebih baik?

Pembaziran di hari keberkatan

Mengapa perlu berbelanja lebih,sedangkan kita tidak mampu?
Mengapa perlu menunggu duit banyak jika kita selalu melakukan maksiat?

Sebaiknya kita mempercepatkan perkahwinan itu lebih baik kerana mendirikan rumahtangga dengan kerana Allah pasti akan dibantu Allah kelak.

Rezeki itu kurniaan Allah.Ia adalah tanda cinta Allah pada HambaNya.Jika kita benar-benar yakin akan kekuasaan-Nya dan juga Kasih Sayang-Nya kepada kita.Janganlah kita runsing dengan perkara yang kita tak boleh fikir.Sedangkan rezeki itu telah ditentukan.

Bukankah kita tahu betapa besarnya hikmah perkahwinan itu.Betapa besarnya hikmah selepas perkahwinan kerana ketika itu separuh dari agama kita sudah selesai,hanya separuh lagi yang perlu kita selesaikan.

Dalam hadis Rasullulah SAW bersabda,
                      "Ada tiga perkara yang perlu dipercepatkan iaitu solat apabila sudah sampai waktunya,mengurus pengebumian jenazah dan juga perkahwinan anak gadisnya apabila sudah sampai jodohnya.."


Tidak perlu membuat majlis yang memerlukan duit yang banyak.Cukuplah hanya buat akad nikah dan majlis walimahnya dibuat secara ringkas,hanya menjemput orang yang terdekat dan memberikan makan pada fakir miskin lebih elok.Majlis yang diberkati Allah akan bertambah barakahnya bila kita menolong orang yang kurang kemampuan.Sebaiknya berilah makan pada fakir miskin dan juga anak-anak yatim daripada menjemput orang-orang kaya atau berkemampuan.Bukanlah saya mengatakan tidak boleh langsung,menjemput mereka boleh.Mungkin orang yang berkemampuan itu saudara mara kita.Jadi mereka perlu dijemput juga tetapi yang penting kita bantu memberi makan pada orang yang kurang kemampuan ini.Agar mereka dapat merasai dengan apa yang kita rasai.


Mudah-mudahan kita sentiasa dalam Rahmat-nya









Jumaat, 20 Mei 2011

Yang kecil menjadi Besar 1

Hari berganti hari,bulan silih berganti masanya,tahun pun makin bertambah dari satu angka ke angka yang lain.Saya masih tidak update blog yang sudah lama ditinggalkan dari zaman bujang,melalui zaman bertunang sehingga kini sudah 3 bulan saya berumahtangga.Blog ini masih dalam cerita yang sama sahaja,semestinya ramai yang tertunggu-tunggu apa pengisian yang akan saya beri dalam penulisan kali ini.


Alam rumahtangga
Jika di tanya pada remaja zaman sekarang semestinya mereka amat takut dengan dunia rumahtangga.Terutamanya yang masih bergelar si dara atau anak gadis yang seusia saya.Pernah saya bertanya kepada rakan saya tentang rumahtangga.

"Izah,apa pandangan kamu tentang kawin?"tanya saya kerana saya lihat hidupnya terlalu sosial.Keluar malam bersama lelaki yang bukan muhrim dengan menunggang motorsikal bersama.

"Aku takutlah nak kawin,hajar."
Eh,kenapa pulak?bisik hati kecilku kerana kawin itu adalah satu hikmah jua.

"Apa yang Izah takutkan bila kawin?"tanyaku ingin kepastian.
Wajah mula merona kemerah-merahan.Tidak dinafikan yang Izah ini memang cantik orang kerana itu ia jadi perhatian ramai lelaki.

"Bila kita kawin,yang paling aku takut ialah malam pertama.Kebanyakkan orang cakap malam pertama amat menyakitkan."
Ya,Allah!Itu yang Izah takutkan rupanya.Istighfar saya dalam hati.Dia tidak takut apa yang dia lakukan selama ini.Keluar bersama lelaki pada waktu malam,bertukar-tukar pasangan dan bermacam-macam lagi.Sedangkan pintu fitnah itu sangatlah besar.

Malam pertama atau tidak itu bukan persoalannya.Persoalannya adakah kita sudah rasa di tahap yang selamat bila bersama-sama dengan lelaki yang kita ikuti itu.Malam pertama akan menjadi nikmat bila seorang gadis itu masih dara tetapi jika sebaliknya.Bagaimana pula?

Ramai anak muda diluar sana masih tidak faham erti kehidupan ini.Jika remaja kini masih mengatakan yang keluar bersama dengan lelaki bukan mahramnya adalah perkara kecil,itu mungkin benar tetapi ada satu hadis Rasulullah SAW yang mengatakan, " jika seorang perempuan bersama lelaki yang mahram baginya akan ada ketiga.Dan yang ketiga itu adalah syaitan."


Dari yang kecil itu akan menjadi besar.Apabila kita selalu buat yang kecil tidak mustahil akan menjadi yang besar.Kerana perbuatan itu mungkin membawa kepada zina.


Teringat saya tentang kuliah agama seorang ustaz yang saya ikuti.Katanya jika kita ingin juga keluar bersama lelaki yang muhrim bagi kita maka ada syarat-syarat yang perlu kita patuhi.


Pertama,ketika kita keluar mesti membaca doa dan duduk jauh-jauh agar tidak bersentuhan antara satu sama lain.


Kedua,mulakan dengan membaca hadis atau al-quran.Dari ayat yang dibaca itu kita bincangkan antara satu sama lain agar bertambah ilmu dan mungkin banyak yang dapat dikongsikan.


Ketiga,pergi ke tempat yang ramai manusia bukan ke tempat yang sunyi.

Keempat,mesti mendapat kebenaran ibu bapa.Agar ibu bapa tahu ke mana tujuan kita.


Macam mana remaja di luar sana bolehkah kalian buat begitu? 

Baiklah remaja sekalian,ingatlah Allah SWT sentiasa bersama-sama kita.






 

Khamis, 15 Julai 2010

Di mana kita...

Semoga sahabat2 sentiasa dalam rahmat-Nya...Jom baca renungan yang akan ana ceritakan..Jadikan ia tazkirah hari ini dan motivasi diri...

Ceritanya begini...Dalam sebuah pulau yang jauh dari pekan2 ada tinggal sebuah keluarga yang amat bahagia

kehidupannya tapi sayang isteri tuan rumah itu susah lama meninggal dunia.Hanya tinggal duda dan 3 orang anaknya..Duda itu bernama Pak Diki.PAk Diki amat sayangkan anak-anaknya.Dia seorang yang baik dan banyak harta.Mari kita kenal dengan anak-anak teruna Pak Diki...


Anak sulung Pak Diki bernama Harbe yang menjadi kesayangan pada Pak Diki.Harbe sentiasa mendapat perhatian setiap hari.Tanpa Harbe hidup Pak Diki tak boleh hidup.

Anak kedua pak Diki bernama Kake yang menjadi kemanjaan pada Pak Diki.Pak Diki sentiasa menjaga hati Kake kerana apa yang Kake mahukan ,Pak Diki pasti akan penuhi tanpa banyak soal walaupun banyak harta digadaikan.Kake sebahagian hidup Pak Diki.Tapi lain pula terjadi pada anak bongsu Pak Diki....

Anak bongsu Pak Diki bernama Amso yang sentiasa dilupakan Pak Diki.Sentiasa kesepian dan disingkirkan oleh Pak Diki setiap masa.Amso selalu menangis kerana dirinya dilupakan ayah sendiri..Dia inginkan kasih sayang yang sempurna dari Pak Diki tapi Pak Diki jarang dekati dirinya kerana bagi Pak Diki , Amso tidak memberi makna langsung..Kasian Amso dipinggirkan sendirian..Oleh kerana Amso diketepikan Pak Diki,dia selalu duduk di tepi tepian pantai untuk mencari ketenangan dan sentiasa berdoa agar satu hari nanti Pak Diki akan mencari dirinya...Sayangnya pada Pak Diki tidak terkira....
Dipendekkan cerita...
Satu Hari Pak Diki ingin sekali merantau di Bandar besar untuk mencari ketenangan kerana dirinya semakin tua.Pak Diki pun menemui Harbe anak sulungnya yang menjadi kesayangannye setiap masa..
“Wahai Harbe,ayah ingin sekali merantau di Bandar besar untuk mencari ketenangan.Dalam hidup ayah tidak sekali ayah pergi merantau ke Bandar besar.Mahukah kamu teman ayah di sana..?”Tanya Pak Diki dengan penuh pengharapan.
Harbe menjawab, “Wahai ayahku,ingin sekali anakmu ini mengikutmu tetapi Harbe hanya boleh temani ayah di depan pintu rumah ini sahaja kerana apabila Harbe keluar dari dulu lagi ayah tidak pernah benarkan Harbe kaluar dari rumah ini..Maafkan Harbe ayah..”
Pak Diki tersentak.Tahulah dia yang dia sudah didik anaknye begitu sejak dulu lagi..
Pak Diki pun menemui Kake kali ini Dia berharap sangat Kake akan menemani dirinya merantau..Pak Diki menemui Kake di luar rumah..
“Wahai kake,anak manjaku.ayah ingin sekali merantau di Bandar besar untuk mencari ketenangan kerana diri ini semakin tua dan tidak pernah merantau ke Bandar besar.Mahukah kamu menemaniku ke sana..?”
Jawab Kake, “Wahai ayahku yang amat aku sanjungi.Kake ingin sekali temani ayah merantau tetapi Kake tidak bersedia lagi wahai ayah.Kake seronok di sini.Tak pelah ayah,Kake temani ayah di gigi pantai saja..Semoga ayah dapat lalu masa perantauan dengan tenang.”
Hati Pak Diki amat terguris mendengar kata-kata Kake yang menjadi kebanggaannya.Dia sendirian pergi ke gigi pantai dan bersedia menaiki bot yang disediakan.Kerana terlalu sedih Pak Diki lupa akan anaknya yang bongsu..tetapi Amso sempat melihat Pak Diki menaiki bot seorang diri..Amso berlari ingin mengikut ayahnya..
“ayah!ayah!”jerit Amso.
Pak Diki memalingkan muka dan melihat Amso berlari ke arahnya.
Kata Amso, “ayah mahu kemana?”
“ayah mahu merantau ke Bandar besar,mengapa?”
“Boleh Amso ikut ayah bersama.”
Pak Diki menangis tersedu kerana anak yang tidak berguna padanya mahu menemani dirinya ke perantauan.Amso pelik.
“Mengapa ayah menangis?”
“kerana aku lupakan kau sepanjang hidupku ini tetapi kau tidak pernah berkecil hati denganku.Mari wahai anakku kita layari hidup kita bersama di perantauan.”
Dalam masa perantauan Pak Diki dipanggil Illahi.Amso amat bersyukur kerana saat2 akhir Pak Diki amat menyayangi dirinya.

APAKAH KESIMPULAN DARI CERITA INI
SIAPAKAH PAK DIKI?HARBE?KAKE?DAN AMSO ?
PAK DIKI=DIRI KITA
HARBE=HARTA BENDA
KAKE=KAUM KERABAT
AMSO=AMAL SOLEH

Inilah kehidupan kita wahai sahabatku,

Di dunia ini kita amat sayangkan harta kita dan keluarga kita tapi kita lupa amalan kita untuk menemui Yang Maha Pencipta.


CUKUPKAH CINTA KITA PADA PEMILIK SEGALA CINTA?
HADIAH APA YANG AKAN KITA BERI PADA-NYA?

1)harta hanya seketika sahaja kerana harta itu milik Allah.sampai waktu ia akan tinggalkan kita keseorangan yang kita tak pasti bila waktunya.Boleh jadi sekejap lagi..boleh jadi esok..boleh jadi seminit ni...


2)keluarga juga bukan segala-galanya kerana mereka juga ada tanggungjawab masing2.Kadang2 kita lalai kerana keluarga.kerana itu sebelum membina keluarga pilihlah pembantu yang boleh membina syurga bersama-sama kita.


3)Dalam kehidupan  kita mesti  membina amalan untuk bekalan diri kita menemui Yang Maha Pencipta.



WAHAI SAHABATKU MARI KITA BINA BERSAMA-SAMA CINTA PADA ESA KERANA RABIATUL ADAWIYAH PERNAH BERKATA ALLAH ADALAH PEMILIK SEGALA CINTA..ALLAHUAKHBAR!!


Pesanan:-

Cerita ini untuk diri ana juga diri kalian...


Diriwayatkan dari anas bin Malik r.a bahawa Rasulullah saw bersabda,
             

            "Tiga hal yang mengiringi orang yang meninggal, yakni keluarganya, hartanya dan amal perbuatannyanya.Dua dari tiga hal itu kembali.Keluarga dan hartanya akan kembali pulang , dan akan mengikutinya hanya satu , yakni amal perbuatannya."

                                                                                                  [HR. BUKHARI DAN MUSLIM] 
10.20 pagi

Ahad, 6 Jun 2010

~~bermulanya....~~

Setelah sekian lama ana berdiam diri tanpa berkarya,sudah pasti sahabat diluar sana menunggu saat ana terbitkan catatan yang baru...Maaf atas segalanya kerana ana hanya seorang Hamba Allah yang banyak kurang...
Semoga sahabat sekalian sentiasa di dalam rahmat-Nya,Amin Ya Rahman..
Syukur jua dengan nikmat iman,islam dan ihsan yang dikurnia Allah pada kalian.Terimalah hadiah pertama dari ana untuk kalian agar kita saling berfikir milik siapakah cinta itu..?

Deru omabak pecah berderai
Mengulang pantai datang dan pergi
Begitu kasih insan diibaratkan
Bagai ombak meribah pantai

Tika kasih melestarikan sayang
Semuanya indah dipandang mata
Pabila rasa benci terbit di hati 
Rasa kasih dan sayang pun menyisih

Tanda kasih yang abadi 
Dalam senang jua dalam kesusahan
kasih Ilahi tiada bersempadan
Tak memilih siapa tidak berakhir
kekal selamanya

Di antara dua kasih
Di maqamnya yang berbeza
Mudah dijumpa namun sukar dipelihara
Lahir dari ketulusan jiwa bersuluhkan iman
Namun nafsu menodainya

Terkadang kasih kita sesama insan
Bisa mengundang keredhaan Tuhan
Jika insan menghargainya
Dan memuliakannya

Kasih sayang Allah kekal selamanya
Kasih manusia hanya sementara


Hadiah dari ana untuk kalian cari nilainya.Lirik lagu ini sebagai permulaan ana berkarya semula..
 Lirik lagu bertajuk "Antara Dua Kasih" dari kumpulan nasyid UNIC.Nantikan karya ana....syukran


Khamis, 3 Disember 2009

~~Korban demi Cinta<2>~~





Wahai saudaraku,
Mengapa ini terjadi pada anak yang tidak berdosa
Mana kasih sayang yang telah Allah hamparkan..?
Sudahkah kalian lupa pesanan Allah kepada kita
dalam surah an-Nur ayat 30 & 31,


Allah berfirman:-


“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.”


“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”


Pada siapakah dahulu Allah dahulukan pesanannya?
Pada hambanya yang bergelar ar-Rijal,
Kerana jika si lelaki itu menunudukkan pandangannya maka
mana mungkin terlihat akan wanita
Yang akan menimbulkan fitnah pada dirinya..
Dan jangan lupa...
Tidaklah Allah lupa pesanan untuk an-nisa’ agar memelihara auratnya
Disitulah letak kehormatannya...
Bukan fitnah terlahir jika ar-rijal dan an-nisa’ mengikut segala pesanan illahi!



Wahai saudaraku,
Janganlah kita saling salah-menyalah antara satu sama lain..
Tidakkah saudaraku ingat..

Allah telah berfirman:-

“Wahai Manusia, Bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari seorang manusia (iaitu Nabi Adam A.S) dan daripadanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang ramai. Bertaqwalah kepada Allah yang dengan mempergunakan namanya, kamu saling meminta antara satu sama lain, dan peliharalah hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (Surah An-Nissa': 1)



Wahai saudaraku,
Titipkanlah cintamu hanya untuk Allah semata-mata
Jauhkanlah hatimu dari mainan cinta nafsu
Kerana setiap insan itu wujudnya sifat malu (al-haya’)
Menjadi pakaian iman pembenteng diri hamba
Andai al-haya’ itu punah maka iman jua terhakis dari jiwa..


Wahai saudaraku,
Sia-sia pengorbananmu jika cinta di letakkan tempat yang salah..
Palinglah wajahmu pada Illahi
Kerana hanya Dia setia menanti saat hadirmu..
Yaqinlah..
Dia akan menggantikan cinta kalian dengan cinta yang lebih baik..
Jangan berputus asa dengan rahmat-Nya..
Berkorbanlah demi cinta yang hakiki
Agar kalian bersyukur atas jalan yang terhampar luas di hadapanmu...


5.51petang
waktu ofis..
Berilah cinta pada saudaramu...
3/12/2009

Rabu, 2 Disember 2009

~~Korban demi Cinta<1>~~

Dengarkanlah,Rintihan seorang anak...







Ibu ,lihatlah anakmu ini...
Walau hanya seketul darah aku hidup dalam rahimmu..
Sudah sebulanku bersamamu..
Malangnya ibu tidak menyedari kehadiranku

mungkin aku terlalu kecil..
Ibu masih bergerak bebas tanpa menjaga

kesihatanmu untukku..
Ibu tidak bahagiakah dengan kehadiranku?
Aku terasa terasing di sini..




Ibu...
Mengapa ibu? Ibu tidak sihatkah?
Mungkin kerana ibu baru merasai kehadiranku
Kasihan ibu...
Maafkan anakmu kerana menyusahkanmu...
Tidakkah ibu gembira dengan kehadiranku?
Allah telah menetapkan kita bersama...
Aku bahagia hidup disampingmu...



Ibu..
Makanan apakah yang engkau makan...?
Terasa sakit seluruh badanku..
Aku tak rela meninggalkanmu ibu...
Anakmu ini perlu perhatian darimu,ibu...



Ibu ..
Walau banyak rintangan yang aku harungi..
Anakmu ini tidak pernah bercerai dari jasadmu...
Kini ibu...
Lihatlah,aku sudah cukup sifatnya...
Aku ada tangan, kaki ,telinga dan segala-galanya

sama sepertimu ibu...
Ibu lihatlah...
Alis mataku sudah terbentuk cantik sepertimu...
Ibu..tidak sabarku menanti kelahiranku..
Ingin sekaliku lihat wajahmu...




Ibu..
Tangan dan kakiku mula menendang...
Terasa sakitkah ibu..?
Ibu mengapa kau tidak mengusapku...
Ingin sekali anakmu ini rasai belaian darimu...





Ibu...
Sekian lamaku berada dikandunganmu...
Tidak pernah sekaliku lihat wajah ayah...
Tidak sudikah ayah melihatku?
Mengapa kau menangis ibuku...
Setiap masa,setiap saat,setiap waktu hanya

tangisanmu jadi dendangan hidupku...
Ibu,siapakah orang tua itu?
Mengapa kau selalu dimarahi...?



Ibu..
Tujuh bulan masa berlalu...
Anakmu ini sudah bisa menghisap jari...
Apa yang ibu makan akan jadi makananmu...
Indahnya hidup ini ibu..
Kerana kita bisa berkongsi makanan..
Adakah kita masih boleh berkongsi makanan

ketika di dunia nanti,ibu?
Aku pasti menunggu saat itu...



Ibu...
Saatnya hampir tiba ibu...
Bahagianya hatiku ingin melihat duniamu...
Inginku dengari cerita darimu..
Inginku rasai belai cintamu...
Tidak sabarku menunggu waktu itu..
Alangkah bersinarnya hidupku nanti..



Ibu..
Aku sudah dilahirkan...
Ibu...Ibu....
Di manakah ibu menghilang...?
Ibu..sejuknya tempat ini ibu...
Inikah duniamu ibu....
Ibu,mengapa kau meninggalkanku ibu...?
Anakmu kesejukan..anakmu ketakutan ibu...
Ibu, nafasku semakin sesak ibu...
Ibu ,di manakah kau meletak diriku ibu...?
Ibu,mungkin ibu benci dengan kehadiranku di dunia..
Baru aku mengerti ibu..
Mengapa aku tidak pernah melihat wajah ayah..
Mengapa kau susah payah ingin aku gugur dari rahimmu..
Kerana aku bukan anak yang kau dambakan..
Maafkanlah diriku ibu...
Ibu,mungkin kita tidak tercipta untuk bersama

menyusuri ranjau di dunia ini..
tetapi ibu.....

aku tetap anakmu jua walaupun kau membuang
aku ke hujung dunia sekalipun...


Ibu suatu hari nanti pasti tuhan temukan kita...
Tetapi ibu..
Aku tidak pasti anakmu ini dapat selamatkanmu ibu...
Ku doa agar suatu waktu nanti
kau lebih mengerti erti hidup ini..
Kerana Allah menyukai hamba-Nya yang bertaubat..
Janganlah kau berpaling dari nikmat-Nya..
Selamat tinggal,ibu....



7.55pagi
Waktu Malaysia
Anak anugerah tidak terhingga...
2/12/2009

Kata-kata hikmah dari Masruq ibn al-ajda'