Memaparkan catatan dengan label tazkirah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tazkirah. Papar semua catatan

Rabu, 27 Mei 2009

7 kalimah setiap hari

Hari ini sepatutnya sudah ada banyak article yang aku hantar tapi sayang semua article itu tidak sampai..jadi ini adalah yang seterusnya...Sebelum buka blog aku tengok fs dulu..seperti biasa saudara Ali sentiasa memberi tazkirah di dalam mesejnya..tazkirah yang dapat aku kongsi dengan sahabat semua ialah 7 kalimah...Marilah kita lihat apakah 7 kalimah itu sebagai pedoman masa hadapan.....
Abu Lait berkata, "Sesiapa yang dapat menjaga dan mengingati tujuh kalimah ini,
maka ia mulia di sisi Allah S.W.T. dan malaikat serta diampunkan dosanya walaupun dosanya sebanyak buih lautan.
Dan akan merasakan kemanisan taat dan hidup atau mati keduanya baik baginya.
1. Apabila hendak membuat sesuatu maka mulalah dengan Bismillah.
Sahabatku...
kadang2 kita lupa siaakah yang menjadikan kita di dunia ini..Kita telah
diajarkan oleh ustaz atau ustazah ataupun ibubapa kita sendiri
apabila memulakan sesuatu perkara mesti dimulakan dengan kalimah
Basmalah...supaya hati kita sentiasa mengingati Allah SWT.



2. Apabila telah selesai dari mengerjakan sesuatu yang baik hendaklah membaca Alhamdulillah.
Sahabatku...
kita selalu lupa apabila sudah selesai melakukan kerja
lupa untuk berterima kasih kepada Allah SWT..selalu kita dengar
"sedapnya lauk hari ini.."
"dah abis pekse..bolehlah enjoy.."
"dah siap keje..nasib baik sempat hantar..kalau tak mesti lecturer marah.."
dan banyak lagi..semua itu sepatutnya di dahulukan dengan mengucap
Alhamdulillah kerana tanpa Allah kita tak mampu membuat kerja atau
menyiapkan assignment ataupun makan dengan sedap...

3. Kalau terlanjur mengatakan sesuatu yang tidak baik, maka hendaklah segera menyatakan Astaghfirullah.
Sahabatku...
kalimah yang satu ini selalu dilupakan oleh manusia kerana mereka tidak
sedar akan keterlanjuran kata2 mereka..kadang2 kata2 mereka telah menyakitkan
hati sahabat,saudara,pensyarah,ibubapa dan yang berhampiran dengan mereka
sekurang-kurangnya menyebut Astaghfirullah akan mengingatkan
keterlanjuran kata2 kita...Hati apabila telah dilukai amat payah
untuk di ubati kecuali dengan kata maaf...

4. Kalau hendak melakukan sesuatu pada esok hari hendaklah berkata Insya Allah.
Sahabatku...
selalulah menyebut kalimah ini jika ingin berjanji..kerana apabila
janji tidak ditepati mungkin kita akan tergolong
munafik....antara sifat munafik adalah apabila berjanji tidak ditepati...


5. Kalau menghadapi kesukaran hendaklah selalu membaca Laa haulawalla quwwata illa billahilaliyyil azim.

Sahabatku...
Selalunya apabila menghadapi kesukaran kita akan menyalahkan takdir
Sesungguhnya Allah memberi ujian kepada HambaNya mengikut
kemampuan kita...Allah tidak akan turunkan dugaan itu tanpa mengetahui
kemampuan kita Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui tetapi kebanyakan kita
menyalahkan takdir sebenarnya hati kita telah di kuasa oleh syaitan...
kerana apa?kerana kita tidak pernah mendekatkan diri kita
kepada Allah..Ingat wahai sahabatku...
Allah akan dekat dengan kita apabila kita dekat dengan Nya..Dan Allah akan
jauh dengan kita bila diri kita tidak pernah mendekati-Nya
tetapi Allah Maha Penyayang..walaupun banyak kita HambaNya
menyakiti-Nya,Allah tetap mengampun dosa HambaNya..
6. Apabila kita ditimpa bala musibah hendaklah selalu membaca Inna lillahi wa inna ilahi raajiunn.
Sahabatku...
orang melayu selalu salah faham dengan kalimah ini...selalunya
kebiasaan orang melayu menyebut kalimah ini apabila mendapat tahu hal kematian
tetapi bagi Islam kalimah ini disebut apabila kita atau saudara kita yang lain ditimpa
musibah....kerana apabila kita ditimpa musibah dan menyebut kalimah ini
sesungguhnya di hati kita masih ada Allah bersama...

7. Setiap siang dan malam hendaklah membaca Laa ilaha illallah.
Sahabatku..
selalulah menyebut kalimah ini kerana kita tidak tahu bilakah Allah akan memanggil
kita ke alam lain...selalulah ingatNya supaya diri kita masih bersamaNya selalu

Ini merupakan sedikit ucapan dari yang patut diucap dengan Ikhlas lillahi Ta'ala...
Allah sentiasa bersama dengan hamba yang ingat tentanNya...
ummu umar
2 Jamadilakhir 1430

Selasa, 20 Januari 2009

hari ini...

12 BARISAN DI AKHIRAT


Suatu ketika, Muaz bin Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: "Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surah an-Naba':18. Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...." Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-


BARISAN PERTAMA - Diiring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KEDUA - Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KETIGA - Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.
"Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KEEMPAT - Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.
"Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."


BARISAN KELIMA - Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. "Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KEENAM - Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.
"Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KETUJUH - Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KELAPAN - Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KESEMBILAN - Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KESEPULUH - Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KESEBELAS - Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KEDUA BELAS - Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:
"Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."
Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya.

Isnin, 19 Januari 2009

bacalah..!!!!

BALASAN MENINGGALKAN SOLAT :


Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?" Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."! Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam." Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah! S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?" Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam." Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat." Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya : 1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mau datang untuk sembahyang berjamaah. 2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya. 3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama. Maka inilah balasannya.

30 persoalan muhasabah diri????


30 Persoalan Musahabah Diri ???...

1- Adakah anda seorang yang bersembahyang penuh khusyuk ?
2- Adakah anda seorang yang sentiasa beristighfar kepada Allah?
3- Adakah diri dan anda mencerminkan ketaqwaan kepada Allah ?
4- Adakah anda redha dengan Allah dalam sabar keatas setiap ujian-Nya?
5- Adakah anda sentiasa mengigati mati dan bersiap sedia untuk mengahadapinya ?
6- Adakah anda sentiasa berselawat kepada junjugan besar Rasulullah s.a.w ?
7- Adakah anda sentiasa menjauhi setiap perbuatan haram dan makruh?
8- Adakah anda sering menangis bila mengenang dosa ?
9- Adakah anda sering sangka buruk pada diri sendiri dan sangka baik pada kawan ?
10-Adakah anda sering bersyukur kepada Allah diatas nikmat-nikmat yang diberi ?
11-Adakah anda bangun di akhir-akhir malam untuk bermunajat kepada Allah ?
12-Adakah anda seorang yang sering munkiri janji ?
13-Adakah anda seorang yang berbohong dan mencuri ?
14-Adakah anda menyayangi dan membenci seseorang kerana Allah ?
15-Adakah anda sentiasa bermujahadah melawan nafsu dan membuang sifat-sifat pada diri anda ?
16-Adakah anda menjadikan berjuang dan berjihad itu sebagai kerja tetap sepanjang hayat ?
17-Adakah anda tahu nafsu dan syaitan itu musuh utama setiap mukmin ?
18-Adakah anda melakukan sembahyang sunat dan amalan-amalan sunat ?
19-Adakah anda seorang yang membaca Al quran setiap hari ?
20-Adakah anda sering bertaubat atas dosa-dosa yang lampau ?
21-Adakah anda sembahyang berjemaah setiap hari ?
22-Adakah anda menyuruh ma’ruf dan mencegah mungkar ?
23-Adakah anda belanja sebahagian harta di jalan Allah ?
24-Adakah anda memikirkan tentang syurga dan neraka - ke mana anda?
25-Adakah anda sentiasa menyakiti hati orang lain ?
26-Adakah anda sentiasa membetulkan diri sendiri dan menasihati sahabat dengan penuh bijaksana ?
27-Adakah anda seorang yang sentiasa memuliakan Allah ?
28-Adakah anda seorang yang berkasih sayang sesama sahabat ?
29-Adakah anda seorang yang gelisah apabila terbuat dosa ?
30-Adakah anda seorang yang bersungguh-sungguh beramal dengan risalah ini ?

Kata-kata hikmah dari Masruq ibn al-ajda'