Memaparkan catatan dengan label cinta kasih sayang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cinta kasih sayang. Papar semua catatan

Khamis, 15 Julai 2010

Di mana kita...

Semoga sahabat2 sentiasa dalam rahmat-Nya...Jom baca renungan yang akan ana ceritakan..Jadikan ia tazkirah hari ini dan motivasi diri...

Ceritanya begini...Dalam sebuah pulau yang jauh dari pekan2 ada tinggal sebuah keluarga yang amat bahagia

kehidupannya tapi sayang isteri tuan rumah itu susah lama meninggal dunia.Hanya tinggal duda dan 3 orang anaknya..Duda itu bernama Pak Diki.PAk Diki amat sayangkan anak-anaknya.Dia seorang yang baik dan banyak harta.Mari kita kenal dengan anak-anak teruna Pak Diki...


Anak sulung Pak Diki bernama Harbe yang menjadi kesayangan pada Pak Diki.Harbe sentiasa mendapat perhatian setiap hari.Tanpa Harbe hidup Pak Diki tak boleh hidup.

Anak kedua pak Diki bernama Kake yang menjadi kemanjaan pada Pak Diki.Pak Diki sentiasa menjaga hati Kake kerana apa yang Kake mahukan ,Pak Diki pasti akan penuhi tanpa banyak soal walaupun banyak harta digadaikan.Kake sebahagian hidup Pak Diki.Tapi lain pula terjadi pada anak bongsu Pak Diki....

Anak bongsu Pak Diki bernama Amso yang sentiasa dilupakan Pak Diki.Sentiasa kesepian dan disingkirkan oleh Pak Diki setiap masa.Amso selalu menangis kerana dirinya dilupakan ayah sendiri..Dia inginkan kasih sayang yang sempurna dari Pak Diki tapi Pak Diki jarang dekati dirinya kerana bagi Pak Diki , Amso tidak memberi makna langsung..Kasian Amso dipinggirkan sendirian..Oleh kerana Amso diketepikan Pak Diki,dia selalu duduk di tepi tepian pantai untuk mencari ketenangan dan sentiasa berdoa agar satu hari nanti Pak Diki akan mencari dirinya...Sayangnya pada Pak Diki tidak terkira....
Dipendekkan cerita...
Satu Hari Pak Diki ingin sekali merantau di Bandar besar untuk mencari ketenangan kerana dirinya semakin tua.Pak Diki pun menemui Harbe anak sulungnya yang menjadi kesayangannye setiap masa..
“Wahai Harbe,ayah ingin sekali merantau di Bandar besar untuk mencari ketenangan.Dalam hidup ayah tidak sekali ayah pergi merantau ke Bandar besar.Mahukah kamu teman ayah di sana..?”Tanya Pak Diki dengan penuh pengharapan.
Harbe menjawab, “Wahai ayahku,ingin sekali anakmu ini mengikutmu tetapi Harbe hanya boleh temani ayah di depan pintu rumah ini sahaja kerana apabila Harbe keluar dari dulu lagi ayah tidak pernah benarkan Harbe kaluar dari rumah ini..Maafkan Harbe ayah..”
Pak Diki tersentak.Tahulah dia yang dia sudah didik anaknye begitu sejak dulu lagi..
Pak Diki pun menemui Kake kali ini Dia berharap sangat Kake akan menemani dirinya merantau..Pak Diki menemui Kake di luar rumah..
“Wahai kake,anak manjaku.ayah ingin sekali merantau di Bandar besar untuk mencari ketenangan kerana diri ini semakin tua dan tidak pernah merantau ke Bandar besar.Mahukah kamu menemaniku ke sana..?”
Jawab Kake, “Wahai ayahku yang amat aku sanjungi.Kake ingin sekali temani ayah merantau tetapi Kake tidak bersedia lagi wahai ayah.Kake seronok di sini.Tak pelah ayah,Kake temani ayah di gigi pantai saja..Semoga ayah dapat lalu masa perantauan dengan tenang.”
Hati Pak Diki amat terguris mendengar kata-kata Kake yang menjadi kebanggaannya.Dia sendirian pergi ke gigi pantai dan bersedia menaiki bot yang disediakan.Kerana terlalu sedih Pak Diki lupa akan anaknya yang bongsu..tetapi Amso sempat melihat Pak Diki menaiki bot seorang diri..Amso berlari ingin mengikut ayahnya..
“ayah!ayah!”jerit Amso.
Pak Diki memalingkan muka dan melihat Amso berlari ke arahnya.
Kata Amso, “ayah mahu kemana?”
“ayah mahu merantau ke Bandar besar,mengapa?”
“Boleh Amso ikut ayah bersama.”
Pak Diki menangis tersedu kerana anak yang tidak berguna padanya mahu menemani dirinya ke perantauan.Amso pelik.
“Mengapa ayah menangis?”
“kerana aku lupakan kau sepanjang hidupku ini tetapi kau tidak pernah berkecil hati denganku.Mari wahai anakku kita layari hidup kita bersama di perantauan.”
Dalam masa perantauan Pak Diki dipanggil Illahi.Amso amat bersyukur kerana saat2 akhir Pak Diki amat menyayangi dirinya.

APAKAH KESIMPULAN DARI CERITA INI
SIAPAKAH PAK DIKI?HARBE?KAKE?DAN AMSO ?
PAK DIKI=DIRI KITA
HARBE=HARTA BENDA
KAKE=KAUM KERABAT
AMSO=AMAL SOLEH

Inilah kehidupan kita wahai sahabatku,

Di dunia ini kita amat sayangkan harta kita dan keluarga kita tapi kita lupa amalan kita untuk menemui Yang Maha Pencipta.


CUKUPKAH CINTA KITA PADA PEMILIK SEGALA CINTA?
HADIAH APA YANG AKAN KITA BERI PADA-NYA?

1)harta hanya seketika sahaja kerana harta itu milik Allah.sampai waktu ia akan tinggalkan kita keseorangan yang kita tak pasti bila waktunya.Boleh jadi sekejap lagi..boleh jadi esok..boleh jadi seminit ni...


2)keluarga juga bukan segala-galanya kerana mereka juga ada tanggungjawab masing2.Kadang2 kita lalai kerana keluarga.kerana itu sebelum membina keluarga pilihlah pembantu yang boleh membina syurga bersama-sama kita.


3)Dalam kehidupan  kita mesti  membina amalan untuk bekalan diri kita menemui Yang Maha Pencipta.



WAHAI SAHABATKU MARI KITA BINA BERSAMA-SAMA CINTA PADA ESA KERANA RABIATUL ADAWIYAH PERNAH BERKATA ALLAH ADALAH PEMILIK SEGALA CINTA..ALLAHUAKHBAR!!


Pesanan:-

Cerita ini untuk diri ana juga diri kalian...


Diriwayatkan dari anas bin Malik r.a bahawa Rasulullah saw bersabda,
             

            "Tiga hal yang mengiringi orang yang meninggal, yakni keluarganya, hartanya dan amal perbuatannyanya.Dua dari tiga hal itu kembali.Keluarga dan hartanya akan kembali pulang , dan akan mengikutinya hanya satu , yakni amal perbuatannya."

                                                                                                  [HR. BUKHARI DAN MUSLIM] 
10.20 pagi

Selasa, 10 November 2009

~~Mencari erti Cinta~~

Cinta , Kasih , Sayang Allah (2)











Cinta, kasih dan sayang selalu kedengaran dalam ungkapan sang pecinta.Di saat hati berbunga mekar di dada kata itu dilahirkan menghurai segala rasa di jiwa agar perasaan itu dirasai bersama..Itulah kelebihan rasa jiwa pecinta abadi...Alangkah hebatnya rasa jiwa itu !! Mungkin ketika itu,angin kencang melanda terasa bagaikan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa yang menerjah kulit-kulit halus..Mungkin ketika itu,lautan yang bergelombang terasa bagaikan percikan air membasahi tubuh..begitulah hebatnya perasaan sang pecinta...
Benarkah ia? Apakah erti sebenar cinta , kasih dan sayang.... ?

Apakah cinta sebenar?


Masih terngiang-ngiang di telinga ana bicara seorang sahabat tentang cinta, kasih dan sayang..


Katanya:-


“Wahai adikku,cinta adalah satu perasaan yang sukar diungkapkan.Ia jua sukar dijelaskan dengan kata-kata.Lihatlah dunia diluar sana kerana perasaan yang sukar dimengertikan ramai sudah terjerumus di landasan kemaksiatan..”


Ana terpaku mendengar bicaranya..walaupun banyak kali ana mendengar istilah cinta inilah kali pertama ana dengar bicara seorang kakak mengupas tentang cinta..hati ana berbicara sendirian,benarkah itu istilah cinta sebenar..mengapa ada kurangnya?? Ana biarkan persoalan itu bermain difikiran..agar akal ini sentiasa berfikir.Ana melihatnya..ia tersenyum dan menyambung bicaranya..



“Wahai adikku,sebenarnya cinta itu tiada cacat celanya..yang salah adalah manusia.Penafsiran mereka mencacatkan perasaan yang suci..Cinta itu dianugerah oleh Allah kepada hamba-Nya untuk mengaplikasikan rasa syukur kita kepada yang Esa..”


Termangu ana mendengar bicaranya kali ini....Ana biarkan sahaja bicaranya tanpa jawapan..Biar ana mencari jawapannya sendiri...Semakin dicari semakin pelbagai tafsiran telah ana dengar..Dalam buku motivasi RASA CINTA dari DR HM Tuah Iskandar al-Haj,katanya:-

“Cintailah selagi cinta itu tidak melanggari syarak, jika cinta itu telah terpesong jauhilah ia dan carilah cinta yang sejati dan hakiki...”

Apakah cinta yang sejati dan hakiki ??Ana termenung sendirian melakar cerita yang tiada berpenghujung...ketika akal tercari-cari maksud tersembunyi, hati mula berbisik tentang satu ungkapan cinta...

“Carilah cinta yang sejati
Yang ada hanyalah padanya
Carilah cinta yang hakiki
Yang ada hanyalah padanya yang Esa
Carilah kasih yang kekal selamanya
Yang ada hanyalah pada Tuhanmu...”


Mengapa kita perlu cari cinta Ilahi?Bukankah ar-Rahman itu telah membuktikan CINTA dan KASIHnya Allah pada mahluk-Nya...dalam menyimpul segala istilah yang didendangkan masih ingin mencari baki yang bersisa..huraian setiap istilah tidak pernah memenuhi akal fikiran ini..

Lirik lagu UNIC kembali menerjah akal fikiranku..


Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya


Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai


Cinta,Kasih dan Sayang tak dapat dipisahkan kerana sifat itu sendiri adalah Dari-Nya...manusia jua tidak dapat menghindari dari sifat itu..Allah telah beri setitis Cinta,Kasih dan Sayang-Nya kepada kita untuk kita merasai nikmat yang telah dianugerahkan...

Cinta,Kasih sayang sesama manusia...


Wahai saudaraku, manusia jua tidak lari dari percintaan,berkasih dan saling sayang-menyayang...Kerana itu adalah sifat Allah yang telah diberikan kepada mahluk-Nya..tetapi malang sekali, ketika ini manusia tidak menyintai dan berkasih kerana Allah maka lihatlah sekelilingmu....Kebanyakkan cinta dan kasih mereka amat menyakitkan.
Lihatlah saudaraku...andai cinta dan kasih sayang tidak diletakkan pada tempat yang sepatutnya maka terjadilah cinta yang ternoda.Jika difikir-fikirkan, berapa ramai sekarang ini cinta dan kasih sayangnya hanya pada yang Esa?Sedikit sangat...


Perhatikanlah sekelilingmu,wahai saudaraku....tidak perlu ungkapan hanya mata memerhatikannya.Hari ini cinta mereka berlandaskan nafsu,bila nafsu mula menguasai diri maka maruah diri tdak diambilkira, maruah agama apatah lagi...sanggup melupakan ibu bapa yang telah membesarkan kita dan sanggup menukar agama kerana cinta yang tak pasti..paling malang sekali melupakan KASIH SAYANG ALLAH yang telah menghidupkan kita..Cinta dan kasih sayang bukan berlandaskan nafsu tetapi ia perlu di fahami dan didalami akan makna yang tersirat disebalik perkataan itu..

Petikan dari buku al Faqir ilalLah Tokku Hj. Ibrahim bin Mohamad,

"Hati yang baik akan melahirkan perasaan cinta setelah ia kenal dan faham kebaikan serta mengenal sifat-sifat mulia yang seseorang terhadapnya.. "


 
“Tak kenal maka tidak cinta”


Jika kita menyintai seorang perempuan..maka apa yang perlu kita cari,selamilah hatinya dengan tulus ikhlas, ketahuilah suka dan perkara ia tidak suka.Ketahui jua latar belakangnya kerana pabila latar belakang hidupnya hanya berlandaskan kejahilan maka itulah akan terjadi pada keturunan kita tetapi jika latar belakang hidupnya berlandaskan CINTA ALLAH dan RASUL maka keturunan kita jua demi CINTA-NYA..

Begitu jua rasa Cinta pada yang Esa, jika hati tiada rasa cinta pada Allah,maka itu belum cukup untuk mengenal Allah.Kita bukan hanya tahu sifat-Nya atau nama-Nya saja tetapi kesuluruhannya termasuk jua perkara Dia suka dan perkara yang tidak disukai-Nya...Sudahkah kita cari..?



1.25 pagi waktu Malaysia
Selamat pagi dan malam...
10/11/09


Kata-kata hikmah dari Masruq ibn al-ajda'