Isnin, 9 November 2009

::Bukan Milik Kita::

Mencari Bahagia

Segala bukan milik kita

Segala puji bagi Allah ,
tuhan yang mencipta ana dan antum..
Sememangnya Dialah yang patut menerima pujian.
Segala keindahan adalah milik-Nya,
begitu jua ana dan antum.
Keindahan kita itu menandakan sebahagian keindahan milik-nya..
Alangkah bahagianya hidup kerana segala
milik-Nya ada sebahagian milik kita..!!
Bahagia itulah yang banyak yang dibincangkan pada masa kini...
Adakala kita mendengar keluh kesah tentang hakikat hidup...
Kadang-kadang ratapan dan tangisan kedengaran di mana-mana...
Salah menyalah antara satu sama lain...

“Apalah nasib aku mendapat anak yang kurang ajar macam ni..!! Anak yang
tidak tahu diuntung..Apalah nasib aku ni?? Apakah dosa aku!!”

“Kau ni tak layak tinggal dengan aku sebenarnya...Kau ni sampah je bagi aku!!!”

“Hari-hari saya yang buat kerja.Memasak,basuh baju,basuh pinggan,gosok baju awak..Awak tu tahu balik kerja tido,berdengkur...lepas tu makan,minum..tu je yang awak tahu sepanjang hidup ni..?? tak boleh ke tolong saya sidaikan baju kat ampai sekejap...saya nak susukan anak sekejap.Hai,apalah nasib aku dapat suami macam tu..!”

 
Pelbagai situasi kita dengar setiap hari di mana-mana sahaja tidak kira di dalam rumah,rumah jiran,televisyen dan everything...tetap akan ada,kadang-kadang jadi perkara biasa.Jadi kita pun tulikan telinga dan butakan hati untuk mengubah mereka tentang ujian Allah..Tidakkah antum terfikir yang segala kejadian mahupun susah atau senang adalah ujian di muka bumi ini..diberi kepada kita maka ingatlah firman Allah:

“Dijadikan mati dan hidup adalah untuk menguji manusia siapakah
yang terbaik amalannya.” Al Mulk.

Usahlah antum bersedih kerana hidup ini penuh dengan ranjau..
mungkin itu sebahagian top up untuk akhirat nanti..
Janji Allah tetap akan ditunaikan...
Ana selalu ingatkan diri ana bila ujian melanda diri ini
maka yang utama adalah semuanya bukan milik ana..antum pun begitu jua...
Sekejap diberi gembira dan sekelip mata ia hilang dipandangan...Jika kita menderita maka lihatlah di luar sana pasti ada yang lebih derita yang tak dapat ditanggung..

Segalanya bukan milik kita yang mutlak,Allah beri pinjam seketika sahaja...
Tentang sebuah keluarga yang bahagia,tetapi kebahagiaannya hanya seketika malah mereka tidak pernah salahkan tuhan segala kejadian yang menimpa mereka..Ana rasa cerita ini amat popular tetapi ana suka bercerita..Inilah tugas fasilitator sentiasa bercerita untuk dijadikan motivasi...Sudah menjadi kebiasaan bercerita maka di sini jua ana ingin bercerita..

Kisahnya begini..

 Peristiwa ini berlaku ketika si suami keluar bekerja untuk beberapa hari.
Dan si isteri dan anak mereka tinggal di rumah .
Maka di pendekkan ceritanya ,suatu
hari si anak jatuh sakit yang amat...
Si isteri kebingungan dan tiada siapa yang ingin di harapnya hanya pada Allah.

Dengan kuasa Allah , anaknya meninggal dunia.
Si isteri menunggu kepulangan si suami.
Apabila si suaminya pulang dari tempat bekerja maka di

Tanya ke manakah anaknya.
Si isteri menjawab,
“Anak kita sedang tidur nyenyak di tempat pembaringan,”

si suaminya pun melihat anaknya di kamar tidur.
Ya...memang benar anaknya sedang tidur.
Ketika suaminya sudah hilang penat dari perjalanannya.

Si isteri pun mengambil kesempatan untuk memberitahu perkara sebenar.

“Wahai suamiku, bolehkah aku meminta pendapatmu,”
si isteri memulakan bicaranya.

“Silakan,wahai isteriku,”jawab suaminya.

“Wahai suamiku,ketika kamu pergi keluar bekerja.Aku telah meminjam pinggan daripada jiran kita.Apakah yang patut kita buat,wahai suamiku?”Tanya si isteri.

“Wahai isteriku,jika kita telah meminjam sesuatu maka sepatutnya kita pulangkan kembali kerana itu bukanlah hak kita,”jawab si suami tanpa berfikir apa-apa di sebalik pertanyaan isterinya.

“Wahai suamiku,begitulah yang terjadi kepada kita.Allah telah meminjam sesuatu yang berharga kepada kita iaitu anak.Sampai waktu ia mengambilnya..”Beritahu si isteri.

Alangkah terperanjatnya si suami rupa-rupanya di sebalik pertanyaan itu ada suatu perkara yang besar telah berlaku.Maka si suami hanya berserah kepada Allah taala dan redha dengan apa yang berlaku.



Bagaimanakah perasaan antum bila berada dalam situasi mereka?Adakah meraung menyalahi takdir Allah atau redha dengan ketentuannya...?Keteguhan iman mereka tidak dapat digambarkan,rasa syukur pada Allah makin menjalar hebat diruang hati mereka...Apakah kita tidak rasa begitu?

Segalanya dari Allah

Benar sahabatku,segala yang ada di dalam tubuh,diluar tubuh dan disekeliling kita bukanlah milik kita...Segala milik-Nya.Kita hanya peminjam seketika,jika tiba masanya kan diambil bila-bila masa..

Seperti pemiutang dengan peminjam..
Pemiutang akan memberi kita barang yang hendak dipinjam tapi bila tiba masanya pemiutang akan ambil kembali barangnya tanpa memberi waktu atau masa bilakah akan diambilnya barang itu...


Maka apakah hak kita untuk melarangnya..kerana itu adalah miliknya...
Begitu jualah kita hidup di dunia ini...hanya seketika dan tiba waktunya akan pergi jua.Kebahagiaan boleh dicapai dengan rasa SYUKUR pada-Nya..Bila rasa SYUKUR telah menyeliputi hati kita maka tiada lain hanya ALLAH tempat kita membalas rasa CINTA...



3.31 pagi
Well done!!
9/11/09


Tiada ulasan:

Kata-kata hikmah dari Masruq ibn al-ajda'