Buku ini amat sesuai dibaca semua golongan untuk memantapkan cara kerja kita.Dapatkanlah ia sekarang.Banyak maklumat baru yang menanti anda di dalam buku ini..! |
Salam sahabatku,
Setelah agak lama berdiam diri duduk menyaksikan pelbagai
kejutan demi kejutan dari sisi dunia
mahupun Negara sendiri.Maka ana dengan rasa rendah diri ingin juga berkongsi
kejutan pada para sahabat yang sentiasa melewati juga singgah sebentar di laman
blog ana.
Beberapa bulan lepas,ana telah habis membaca sebuah buku
Bertajuk “KUASA KEPEMIMPINAN AL-FATEH” karangan dari Muhammad Syaari Abdul
Rahman.Banyak perkongsian ilmu dari buku tersebut.Sesuai untuk pemuda/pemudi
bangsa,pemimpin Negara juga ketua keluarga.Mengapa ana mengatakan demikian?
Kerana anda pasti mendapatkan jawapan disebalik tanggungjawab anda.
Pemuda/pemudi adalah anak2 harapan bangsa dan Negara.Mereka
adalah perintis kepada jatuh dan bangunnya sesebuah Negara. Jika mereka lemah
maka hancurlah Negara,sebaliknya jika mereka teguh dan yakin maka Negara itu
akan semakin hebat di mata dunia.InsyaAllah!
Begitu jua pemimpin Negara dan ketua keluarga,mereka adalah
orang2 yang mencorak sesebuah institusi.Bagi pemimpin,Dia akan membuat
perancangan agar orang2 yang dia dipertanggungjawabkan tidak akan di sia-siakan
dari segi kerohanian,keperluan dan keamanan.Bagi ketua keluarga juga adalah
sama.Membawa ahli keluarga bahgia di dunia juga bahgia di akhirat.
Jadi secara ringkasnya,ana cuba menghuraikan isi penting di
dalam buku ini untuk dijadikan panduan kepada sahabat2.Ana hanya menulis dalam
point agar mudah untuk di fahami:-
Inilah peta Kota Konstantinopel yang dikenali sabagai Turki pada masa sekarang |
1)
Pemuda yang bersifat
imiginasi tinggi
2)
Pemuda tidak akan mudah
menyerah kalah walau apapun sekali berlaku.Mesti berfikir dan terus berfikir!
3)
Pemimpin yang berpengaruh
adalah pemimpin yang percaya kepada potensi orang lain yang belum dapat
dilihat.
4)
Pemimpin mesti mempunyai
misi dan visi.untuk mencapai visi mesti mempunyai perancangan pemikiran yang
strategik.
5)
Antara pemikiran strategi
Sultan Muhammad Al-Fateh:-
Ø
Strategi diplomatic –
menjalinkan perjanjian damai dengan Negara Barat
Ø
Membina Rumeli Hissari
(benteng Rom) – bagi menghalang sebarang bekalan kepada Konstantinopel.
Ø
Mengambil serius
perhitungan masa dan ketepatan masa setiap pelan.
Ø
Membina kekuatan armada
laut
Ø
Berjaya meraih kemenangan
moral lebih awal
6)
Manfaat dalam membuat
perjanjian dengan tenaga pakar juga kekuatan ekonomi dalam mencapai objektif.
7)
Pemimpin perlu ada :-
ü
Tidak pernah meninggalkan
solat sunat tahajjud.
ü
Sentiasa mengkaji dan
mengenal pasti kelemahan.
ü
Budaya mengkaji SWOT
(kelemahan,kekuatan peluang,ancaman) dalam kepimpinan.
ü
Menukar apa yang menjadi
ancaman kepada peluang.
ü
Mempunyai pelan perancangan
yang pelbagai.
ü
Sentiasa terbuka dengan
idea2 yang luar biasa dan bersikap positif juga inovatif.
ü
Bersedia bersikap terbuka
dan mengkaji kelebihan yang ada pada orang lain bagi membaiki kelemahan diri.
ü
Setiap kepayahan ada
kemudahan.
ü
Jadikan Rasulullah SAW
sebagai kuasa contoh kepimpinan.
ü
Mulakan dari kita sendiri
untuk jadi contoh pada masyarakat.
ü
Kekuatan pidato penting
dalam mengharungi keadaan politik yang tegang dan tertekan.
ü
Pemimpin yang hanya tahu
memberi arahan kerana bergantung pada kelebihan jawatan adalah pemimpin yang
lemah.
ü
Pemimpin yang berjiwa besar
adalah pemimpin yang mempunyai idea yang luar biasa.
ü
Pemimpin yang berkualiti
tinggi adalah pemimpin yang bukan sekadar ikutan dan ditaati tetapi beramanah
,berinteragriti,mencetak generasi baru dan menghebatkan orang lain.
ü
Pemimpin dan pendakwah yang
bijak tidak cepat melakukan perubahan agresif.
ü
Mesti bijak melakukan
perubahan secara beransur-ansur.
ü
Pandai menjinakkan hati
mereka yang baru masuk Islam dengan cara tidak memperkatakan soal halal dan
haram dengan cepat.
ü
Pemimpin mesti mengenalpasti
potensi dan kelebihan anak buah mereka dalam percaturan strategik.
8)
Kepimpinan yang strategis mestilah peka dengan maklumat
yang tepat dan fakta yang sahih,teliti dan strategic dalam melihat peluang dan
ancaman,memanfaatkan peluang yang ada dan juga kesungguhan dalam melaksanakan
tugas.
9)
Kuasa pemikiran yang
kreatif dan inovatif iaitu :-
ü
Kreatif – berani mencabar
idea2 lama yang difikirkan tidak relevan bagi menyelesaikan maslah lama dalam
organisasi.
ü
Inovatif – bersikap terbuka
dengan sebarang idea tanpa mengira dari mana sumber idea itu dan bagaimana luar
biasa idea itu pada awalnya.
10)
Pemimpin mestilah dididik
supaya hidup dalam sederhana.
11)
Setiap pemimpin mesti ada
guru kerohanian mereka sendiri.sultan Muhammad al fateh mempunyai 2 orang guru
kerohanian yang terkenal pada masa itu,iaitu Syeikh Aq Syamsudin dan syeikh
Ahmad bin Ismail Alkurani.Guru inilah yang menguatkan kerohanian tentera dan
sentiasa memperingatkan kepada tentera2
bahawa Allah adalah sebaik-baik tempat pergantungan dalam mencapai kemenangan.
Berguru juga penting kerana dengan berguru
pihak musuh tidak akan dapat melumpuhkan keimanan dan keyakinan kita pada Allah
SWT.
Alhamdulillah,inilah serba sedikit yang dapat ana kongsikan
kepada antum.Harap dapatlah kita bersam-sama menggunakannya dalam setiap
langkah kehidupan yang mendatang.
Wallahualam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan