Khamis, 10 Mei 2012

Hero sebenar...




Semakin hari semakin banyak muncul di kaca TV hero2 yang bakal menyelamatkan bumi dari kemusnahan.Dari kecil juga ana dibesarkan dengan hero seperti POWER RANGERS,DRAGON BALLZ,NARUTO,ULTRAMAN,BATMAN,SUPERMAN,X-MAN dan macam2 lagi.Semua hero2 ini menceritakan tentang ke‘ganteng’an mereka dalam menyelamatkan masyarakat yang kesusahan melawan musuh2 yang jahat.Maka kanak-kanak mula jadikan hero2 ini sebagai hero jadian mereka.Ada yang membeli patung2 mereka untuk dijadikan inspirasi dalam menyelamatkan dunia.

Bagi kanak-kanak perempuan pula pastinya mereka ingin menjadi seperti Cindrella,Snow white,Beauty & Beast,Sleeping Beauty atau banyak lagi di luar sana.

Malah ada juga bila di Tanya pada kanak-kanak ini,mereka ingin jadi seperti hero dan princess jadian mereka ini..!!Astaghfirullah halazim....!!

Semakin hari kita semakin lupa sebenarnya,bahawa yang menjadi hero dan idola kita adalah Rasulullah SAW.Siapakah yang menyelamatkan kita di akhirat nanti?Pastilah dengan syafaat Baginda kepada kita...Ibu bapa makin melupakan tanggungjawab mereka sebenar dalam membimbing anak ke arah kejayaan...Sedangkan kejayaan sebenar adalah kejayaan pabila kita sudah mendapat keredhaan Allah SWT di syurga kelak.

Siapakah yang bertanggungjawab dalam hal memadamkan fikiran kita untuk melupakan yang hak?Dialah DAJJAL LAKNATULLAH...Dengan hanya mewujudkan kartun2 juga hero2 yang hanya dalam filem sahaja.Anak2 kita sudah lupa akan hero yang sebenar.

Institusi kekeluargaan semakin parah dengan kurangnya kasih sayang dalam rumahtangga.KAsih sayang yang mereka tahu apabila menghantar anak2 belajar di sekolah dengan memperolehi PMR 8A,SPM 20A dan sebagainya.Adakah itu dikatakan kasih sayang yang sebenar?

Dari Allah SWT dan Rasulullah SAW adalah kasih sayang yang tiada ternilai...bawalah anak2 anda juga kaum keluarga anda kepada CINTA ALLAH dan RASULULLAH SAW.Ingin ana berkongsi cerita tentang Rasulullah SAW yang tidak pernah lupa akan kita iaitu umat akhir zaman ini.

Ketika Rasulullah SAW bangkit di hari akhirat nanti ,maka di sapukan jubah dan janggutnya dari tanah.Bagind melihat kiri dan kanan yang tiada ada bangunan.Maka menangislah Baginda SAW.

Baginda Saw bersabda , “ Kekasihku Jibril !Gembirakanlah aku !”
Jibril as , “Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?”
Baginda SAW bersabda, “ Bukan itu pertanyaanku.”
Jibril as , “ Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu.”
Baginda SAW , “Bukan itu maksud pertanyaanku.”
Baginda SAW bersabda lagi, “Aku bertanya kepadamu akan UMATKU.Di manakah perjanjian mereka.Nescaya akan kuatlah pertolongan pada hari ini.Aku akan menSYAFAATkan UMATKU.”

Tidak gembirakah kalian pabila RAsulullah SAW amat menyayangi kita.Tidak Baginda SAW mencari di mana ahli keluarga tetapi kita iaitu umatnya ini.Amat malang jika kita tidak dekatkan diri kita juga ahli keluarga kita dengan mengenali Rasulullah SAW.

Inilah hero kita sebenar.Jangan bawa anak2 anda juga kaum keluarga anda jauh dari Rasulullah SAW.Bawalah ia kenal RAsulullah SAW juga ahli keluarga baginda.Kenalkanlah mereka dengan puteri2 syurga dan hero2 syurga yang menjadi inspirasi mereka untuk bersama di alam sana.

Tiada kemanisan yang amat manis dengan mengenali Rasulullah SAW.

Marilah kita banyakkan selawat buat baginda juga ahlinya....

“Ya Rasulullah,sudilah tuan memandang kami yang hina ini...yang lalai dalam berselawat ke atasmu setiap masa.Ya Allah,jangan KAU cabut cinta dan rindu kami kepada kekasihMU kerana kami ini lemah dan hina...”

Waallahualam...

Selasa, 8 Mei 2012

Wasiat Sultan Muhammad Al-Fateh




Setelah kita mengetahui tentang rahsia kejayaan Khalifah Uthmaniyah dalam menakluk kota konstantinopel,maka kali ini hamba ingin pula mengongsi wasiat Sultan Muhammad Al-Fateh untuk anak2nya juga sesuai untuk pemimpin2 yang beragama Islam.Bukan hanya pemimpin Negara malah pemimpin persatuan Islam,pemimpin NGO2 Islam,Pemimpin majlis perwakilan pelajar (MPP) dan ramai lagi di luar sana.Jadikan ia sebagai pegangan dan sentiasalah bermuhasabah.

Besarnya tanggungjawab pemimpin adalah untuk kebajikan orang yang dipimpin,memudahkan urusan orang yang dipimpin dan membawa orang yang dipimpin ke jalan yang diredhai Allah.Bukan menjadi pemimpin untuk glamour,orang hormat kita,makan besar atau kaut duit yang bukan hak sendiri dan lain2 lagi yang kita dengar masalah pemimpin pada masa sekarang ini...

Mari kita kongsikan, apakah yang perlu ada sebagai pemimpin.Ini ADALAH WASIAT SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH kepada anaknya.
  • *      Menjadi seorang yang adil,soleh dan pengasih.
  • *      Berikan perlindungan kepada rakyat tanpa membeza-bezakan mereka.
  • *      Dahulukan kepentingan agama daripada kepentingan lain.
  • *      Tidak lemah dan lengah dalam urusan agama.
  • *      Jangan mengangkat  orang yang tidak menjauhidosa2 besar dan leka dalam kekejian.
  • *      Hindari perkara2 yang merosakkan.
  • *      Jauhi orang yang menyuruh pada kejahatan.
  • *      Lakukan perluasan negara melalui jihad.
  • *      Jaga harta baitulmal,jangan sampai dibazirkan.
  • *      Tidak menggunakan harta rakyat dengan kepentingan sendiri kecuali sesuai dengan syariat Islam
  • *      Ulama adalah kekuatan yang harus ada dalam negara dan mesti dihormati mereka.
  • *      Tidak tertipu dengan harta benda dan kekuasaan (banyaknya jumlah tentera)
  • *      Tidak megusir ulama2 dari istana (kawasan)
  • *      Tidak melakukan satu hal yang bertentangan dengan hukum Islam.


Inilah yang terbaik untuk semua yang bergelar pemimpin....:)
Wallahualam..

Kata-kata hikmah dari Masruq ibn al-ajda'