Sabtu, 21 Mei 2011

Yang kecil menjadi Besar 2

Bila duit menjadi ukuran

"Susahlah kak,kami bukan tak nak kawin tapi tak cukup duit lagi untuk majlis kawin.Saya ni nak jugak buat besar-besaran.Kawin ni hanya sekali seumur hidup je kak,"beritahu rakat saya suatu hari.

"Kamu nak buat majlis macam mana lagi?"tanya saya.Ingin tahu lebih lanjut juga,mengapa rakan saya itu mengatakan demikian.

"yelah,kak.Kawin kan hanya sekali seumur hidup jadi kalau boleh saya ingin sangat buat majlis yang grand2 gitu.Buat kat dewan besar,pakai baju pengantin yang cantik dan meriah,"jawab rakan saya dengan penuh emosi.

Terdiam seketika apabila rakan saya berkata begitu.

Tidakkah dia tahu majlis besar-besaran ini adalah pembaziran?
Tidakkah dia tahu mempercepatkan perkahwinan itu lebih baik?

Pembaziran di hari keberkatan

Mengapa perlu berbelanja lebih,sedangkan kita tidak mampu?
Mengapa perlu menunggu duit banyak jika kita selalu melakukan maksiat?

Sebaiknya kita mempercepatkan perkahwinan itu lebih baik kerana mendirikan rumahtangga dengan kerana Allah pasti akan dibantu Allah kelak.

Rezeki itu kurniaan Allah.Ia adalah tanda cinta Allah pada HambaNya.Jika kita benar-benar yakin akan kekuasaan-Nya dan juga Kasih Sayang-Nya kepada kita.Janganlah kita runsing dengan perkara yang kita tak boleh fikir.Sedangkan rezeki itu telah ditentukan.

Bukankah kita tahu betapa besarnya hikmah perkahwinan itu.Betapa besarnya hikmah selepas perkahwinan kerana ketika itu separuh dari agama kita sudah selesai,hanya separuh lagi yang perlu kita selesaikan.

Dalam hadis Rasullulah SAW bersabda,
                      "Ada tiga perkara yang perlu dipercepatkan iaitu solat apabila sudah sampai waktunya,mengurus pengebumian jenazah dan juga perkahwinan anak gadisnya apabila sudah sampai jodohnya.."


Tidak perlu membuat majlis yang memerlukan duit yang banyak.Cukuplah hanya buat akad nikah dan majlis walimahnya dibuat secara ringkas,hanya menjemput orang yang terdekat dan memberikan makan pada fakir miskin lebih elok.Majlis yang diberkati Allah akan bertambah barakahnya bila kita menolong orang yang kurang kemampuan.Sebaiknya berilah makan pada fakir miskin dan juga anak-anak yatim daripada menjemput orang-orang kaya atau berkemampuan.Bukanlah saya mengatakan tidak boleh langsung,menjemput mereka boleh.Mungkin orang yang berkemampuan itu saudara mara kita.Jadi mereka perlu dijemput juga tetapi yang penting kita bantu memberi makan pada orang yang kurang kemampuan ini.Agar mereka dapat merasai dengan apa yang kita rasai.


Mudah-mudahan kita sentiasa dalam Rahmat-nya









Tiada ulasan:

Kata-kata hikmah dari Masruq ibn al-ajda'