Rabu, 2 Disember 2009

~~Korban demi Cinta<1>~~

Dengarkanlah,Rintihan seorang anak...







Ibu ,lihatlah anakmu ini...
Walau hanya seketul darah aku hidup dalam rahimmu..
Sudah sebulanku bersamamu..
Malangnya ibu tidak menyedari kehadiranku

mungkin aku terlalu kecil..
Ibu masih bergerak bebas tanpa menjaga

kesihatanmu untukku..
Ibu tidak bahagiakah dengan kehadiranku?
Aku terasa terasing di sini..




Ibu...
Mengapa ibu? Ibu tidak sihatkah?
Mungkin kerana ibu baru merasai kehadiranku
Kasihan ibu...
Maafkan anakmu kerana menyusahkanmu...
Tidakkah ibu gembira dengan kehadiranku?
Allah telah menetapkan kita bersama...
Aku bahagia hidup disampingmu...



Ibu..
Makanan apakah yang engkau makan...?
Terasa sakit seluruh badanku..
Aku tak rela meninggalkanmu ibu...
Anakmu ini perlu perhatian darimu,ibu...



Ibu ..
Walau banyak rintangan yang aku harungi..
Anakmu ini tidak pernah bercerai dari jasadmu...
Kini ibu...
Lihatlah,aku sudah cukup sifatnya...
Aku ada tangan, kaki ,telinga dan segala-galanya

sama sepertimu ibu...
Ibu lihatlah...
Alis mataku sudah terbentuk cantik sepertimu...
Ibu..tidak sabarku menanti kelahiranku..
Ingin sekaliku lihat wajahmu...




Ibu..
Tangan dan kakiku mula menendang...
Terasa sakitkah ibu..?
Ibu mengapa kau tidak mengusapku...
Ingin sekali anakmu ini rasai belaian darimu...





Ibu...
Sekian lamaku berada dikandunganmu...
Tidak pernah sekaliku lihat wajah ayah...
Tidak sudikah ayah melihatku?
Mengapa kau menangis ibuku...
Setiap masa,setiap saat,setiap waktu hanya

tangisanmu jadi dendangan hidupku...
Ibu,siapakah orang tua itu?
Mengapa kau selalu dimarahi...?



Ibu..
Tujuh bulan masa berlalu...
Anakmu ini sudah bisa menghisap jari...
Apa yang ibu makan akan jadi makananmu...
Indahnya hidup ini ibu..
Kerana kita bisa berkongsi makanan..
Adakah kita masih boleh berkongsi makanan

ketika di dunia nanti,ibu?
Aku pasti menunggu saat itu...



Ibu...
Saatnya hampir tiba ibu...
Bahagianya hatiku ingin melihat duniamu...
Inginku dengari cerita darimu..
Inginku rasai belai cintamu...
Tidak sabarku menunggu waktu itu..
Alangkah bersinarnya hidupku nanti..



Ibu..
Aku sudah dilahirkan...
Ibu...Ibu....
Di manakah ibu menghilang...?
Ibu..sejuknya tempat ini ibu...
Inikah duniamu ibu....
Ibu,mengapa kau meninggalkanku ibu...?
Anakmu kesejukan..anakmu ketakutan ibu...
Ibu, nafasku semakin sesak ibu...
Ibu ,di manakah kau meletak diriku ibu...?
Ibu,mungkin ibu benci dengan kehadiranku di dunia..
Baru aku mengerti ibu..
Mengapa aku tidak pernah melihat wajah ayah..
Mengapa kau susah payah ingin aku gugur dari rahimmu..
Kerana aku bukan anak yang kau dambakan..
Maafkanlah diriku ibu...
Ibu,mungkin kita tidak tercipta untuk bersama

menyusuri ranjau di dunia ini..
tetapi ibu.....

aku tetap anakmu jua walaupun kau membuang
aku ke hujung dunia sekalipun...


Ibu suatu hari nanti pasti tuhan temukan kita...
Tetapi ibu..
Aku tidak pasti anakmu ini dapat selamatkanmu ibu...
Ku doa agar suatu waktu nanti
kau lebih mengerti erti hidup ini..
Kerana Allah menyukai hamba-Nya yang bertaubat..
Janganlah kau berpaling dari nikmat-Nya..
Selamat tinggal,ibu....



7.55pagi
Waktu Malaysia
Anak anugerah tidak terhingga...
2/12/2009

2 ulasan:

qamarguyz berkata...

salam ziarah..
sedih entry niw..betul2 menyelami luahan rasa s0rang anak yG tak terbela..tahniah..m0ga ada manfaatnya buat semua..
m0ga kita brsyukur dilahirkan dalam dakapan ibu & ayah yG setia..namun prnahkah kita trfikir tntang harapan trakhir s0rang ibu atau ayah?..
truskan dakwah di alam maya..mncipta mahu mnuju mampu

agus suparman berkata...

inilah jaman jahiliyah abad modern. kekejian manusia sudah melebihi batas rasa kemanusiaannya. inlah duka terdlm yang kita hadapi, inilah derita teramat malang yang di hadapi manusia. tak ada kemuliaan dan kebaikan selain dengan kembali kepada aturanNya. tidak ada kesejahteraan hakiki selain memadu hidup dengan hukum2Nya. Subhanalloh... inilah prilaku para gadis hari ini. beranak tak berbapa. na'udzubillah summa na'udzubillah.
keep spirit dakwah ilalloh oke...!!!

Kata-kata hikmah dari Masruq ibn al-ajda'