Rabu, 27 Mei 2009

Kita saudara antara satu sama lain.....

Kita wujud dari bapa dan ibu yang sama pada asalnya....

tetapi mempunyai sifat,akal,akhlak yang sangat berbeza dari setiap yang lain...

Tetapi Allah tidak pandang semua itu...Bagi-Nya perbezaan akan wujud jika IMAN DAN TAQWA setiap manusia itu setinggi langit atau seluas lautan atau pun sekecil zarah....Dimanakah kedudukan kita???


Dari Abu Hamzah Anas bin Malik RA khadam Rasulullah SAW dari nabi bersabda:
"Tiada beriman seorang kamu hingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang

ia cintai untuk dirinya".

[Riwayat Bukhari dan Muslim]


Wahai sahabatku!


Dengan maksud hadis Rasulullah SAW di atas ini jelas bahawa setiap manusia itu harus berbaik-baik terhadap manusia yang lain.Semakin kita berbuat baik dengan saudara seislam kita,semakin meningkatlah IMAN kita terhadap Allah SWT..Sahabat Rasulullah SAW tidak pernah mengesyaki sahabat-sahabat mereka dengan sesuatu tang berbentuk negative malah mereka saling percaya antara satu sama lain kerana apa?Kerana IMAN mereka amat tebal lebih tebal lapisan bumi...Kasih sayang mereka lebih kukuh daripada batu batan yang telah dibina...Begitulah sahabat Rasulullah SAW,antara mereka tidak ada jurang yang memisahkan persaudaraan mereka.


Wahai sahabatku!


Lihatlah betapa eratnya persahabatan Abu Bakar bersama Rasulullah SAW..tidak ada sedikit pengkhianatan antara mereka.Di kala Rasulullah SAW menghadapi kesukaran ketika hilang kepercayaan Abu Bakar muncul dan membenarkan kata-kata Rasulullah SAW...hingga di gelar As-siddiq..Keagungan persahabatan saat itu dan hingga kini tidak ada tolok bandingannya.Amat payah untuk menjumpai ikatan persahabatan mereka pada masa kini..Kasihnya Abu Bakar kepada Rasulullah SAW melebihi kasihnya kepada keluarganya...


Wahai sahabatku!


Pada ketika ini,pada masa ini dan di kala ini..............

persaudaraan antara Abu Bakar dan Rasulullah SAW sudah tidak ada....

hari ini pembelotan,pengkhianatan,kelukaan,kecederaan,kedengkian,kecemburuan dan pelbagai lagi yang bermain di hati kita telah meracuni persahabatan dan persaudaraan kita sesama muslimin....

PEMBELOTAN dalam persahabatan kerana ingin harta kekayaan,diperguna untuk memuas nafsunya sendiri.......harta bukan segala-galanya untuk hidup senang di dunia ini...kekayaan sebenar adalah kekayaan jiwa.Jiwa yang murni dan jiwa yang luhur itu lebih murni daripada jiwa yang penuh dengan kejahatan...Mengapa begini??Sedangkan manusia itu di jadikan dari benih yang hina,sama keadaannya dengan yang lain...bukan golongan yang kaya di jadikan daripada emas,mutiara atau intan dan yang golongan miskin itu dijadikan dari benih yang lain.

PENGKHIANATAN dalam persaudaraan kerana ingin menguasai dunia..tidak pernah terfikir untuk menguasai akhirat jika persaudaraan itu di hiasi dengan kepercayaan dan kasih sayang...

Sanggup tikam dari belakang sahabat sendiri untuk mendapat nama di dunia tetapi tidak pernah terfikir mengukir nama di akhirat...Maka manusia2 begini lebih teruk daripada Zinnirah,wanita yang mempunyai mata yang buta tetapi hatinya cenderung kepada Allah SWT.Hatinya tidak henti2 menyebut kalimah.."Allah,Allah,Allah...."setiap ketika juga setiap saat dia menyebutnya.

Hatinya berbisik,



"Ini untukMu wahai Tuhan,Aku membeli kesusahan ini

untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak.

Perjuangan ini memang berat selalu menderita dan sengsara

kerana aku sedar untuk dapatkan syurga terpaksa menagih

ujian berat sedangkan neraka itu...

dipagari ribuan nikmat.."


Wahai sahabatku!


Bagaiman kita yang matanya celik,telinganya yang mendengar,kakinya yang boleh bergerak bebas juga mulutnya yang boleh berbicara tetapi tidak menggunakan nikmat yang telah diberi oleh Allah SWT dengan sebaiknya...mata yang celik digunakan untuk memandang maksiat bukan untuk membaca KALAM ALLAH..Diberikan KALAM itu dengan percuma yang telah di turunkan kepada Rasulullah SAW.Tidak payah untuk kita menulis kerana KALAM itu menjadi tempat hati kita bercahaya....

Sayang sekali jika telinga digunakan untuk mendengar lagu yang membuat hati yang bersinar menjadi kelam...telinga diberi oleh Allah untuk mendengar kalimah suci dan perbicaraan yang indah....

Malang sekali jika kaki yang boleh bergerak bebas digunakan untuk ke tempat maksiat...digerakkan kaki untuk menari dengan penari yang mengiurkan lelaki2 yang sedang kegelisahan..Astaghfirullahalazim!!Nikmat yang diberikan Allah SWT secara percuma hanya untuk keseronokan...bukan untuk beribadah kepada Allah...

Maka apa nikmatnya hidup ini jika itu sahaja yang kita fikirkan..jika ingin ketenangan maka sebutlah nama Allah..tenanglah jiwa ini,tetapi jika fikirkan dunia sahaja maka yang dapat hanya dunia sahaja yang akhirnya akan hilang....



Tiada ulasan:

Kata-kata hikmah dari Masruq ibn al-ajda'